Pesawah berdepan kemerosotan hasil akibat panas melampau

Pesawah berdepan kemerosotan hasil akibat panas melampau

ARIFF Muhammad Isa menunjukkan pokok padi yang kurang menjadi pada musim kali ini ekoran cuaca panas melampau di Sidam Kiri, Sungai Petani, Kedah.
Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram

SUNGAI PETANI: Cuaca panas melampau yang melanda negeri ini sejak hampir dua bulan lalu menimbulkan kebimbangan dalam kalangan pesawah kerana berpotensi menjejaskan hasil padi musim ini.

Pesawah di Sidam Kiri, Ariff Muhammad Isa, 60, yang mengusahakan empat hektar sawah turut terjejas apabila padi berusia 50 hari menjadi ringan, kering, dan kurang berisi.

“Keadaan panas menyebabkan tumbesaran padi terganggu, pokok cepat kering dan buah kurang berisi. Ditambah lagi masalah bekalan air, pendapatan musim ini pasti merosot,” katanya kepada Utusan Malaysia.

Pesawah Saad Hashim, 60, berkata, tinjauan di sawahnya dia mendapati air semakin susut menyebabkan pokok padi yang sedang bunting kini terjejas.

“Cuaca panas cepat mengeringkan tanah sehingga buah padi membantut. Jika berterusan, sawah mungkin diserang penyakit bena perang dan perosak lain, menjadikan hasil merosot teruk,” katanya yang mengusahakan lima hektar padi.

Sementara itu, Mat Saad Man, 59, menjangkakan hasil padi sawah lebih enam hektar miliknya akan merosot daripada lapan guni kepada lima atau enam guni sahaja pada musim ini.

“Banyak tangkai pokok padi di sawah lebih enam hektar sawah sedang mula berbuah sekarang kecut dan patah ekoran cuaca panas melampau.

“Jika ada hujan dapat juga membasahkan pokok namun apa boleh buat kerana itu bukan berpunca daripada salah sesiapa sebaliknya sudah aturan alam,” katanya.

Pada 24 Februari lalu, akhbar ini melaporkan cuaca di Kedah kembali panas dengan beberapa daerah mencatatkan suhu sehingga 37 darjah Celsius selama tiga hari berturut-turut.

Pengarah Meteorologi Malaysia Kedah, Muhammad Khalil Abd. Aziz dilaporkan berkata, cuaca itu bagaimanapun dijangka tidak berpanjangan berikutan Semenanjung Malaysia kini menerima tiupan angin baratan. – UTUSAN

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

BERITA BERKAITAN

×