Tiada kompromi pihak gugat keamanan negara

Tiada kompromi pihak gugat keamanan negara

ZULKIFLI HASAN
Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram

PUTRAJAYA: Semua pihak perlu menjaga keharmonian yang telah dibina selama ini tanpa berkompromi dengan mana-mana pihak pelampau yang mahu menggugat keamanan di Malaysia.

Menteri di Jabatan Perdana Menteri (Hal Ehwal Agama), Senator Dr. Zulkifli Hasan berkata, pihaknya memandang serius dan memantau insiden tular melibatkan seorang individu bukan Muslim yang didakwa menghina Islam serta al-Quran, baru-baru ini.

“Perbuatan tersebut mengguris maruah umat Islam, lebih-lebih lagi ketika umat Islam sedang menyambut bulan Ramadan yang mulia.

“Pihak berkuasa sedang menyiasat dan mengambil tindakan sewajarnya termasuk telah menangkap dan mendakwa individu tersebut mengikut lunas undang-undang,” katanya dalam satu kenyataan. 

Beliau turut menyeru semua pihak supaya terus memelihara keharmonian dan perpaduan yang telah dibina sekian lama di negara ini.

“Semua pihak juga diseru untuk terus menjaga keharmonian yang telah dibina selama ini tanpa berkompromi dengan mana-mana pihak pelampau yang mahu menggugat keamanan di Malaysia,” katanya. – UTUSAN

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

BERITA BERKAITAN

×