KPDN Kelantan rampas gula, minyak masak daripada diseludup

KPDN Kelantan rampas gula, minyak masak daripada diseludup ke Thailand

SEBAHAGIAN gula dan minyak masak yang cuba diseludup ke Thailand selepas ditahan KPDN Kelantan di Kampung Tasek, Rantau Panjang, Kelantan kelmarin-IHSAN KDPN KELANTAN.
Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram

RANTAU PANJANG: Sebanyak 510 kilogram (kg) gula dan 648kg minyak masak bersubsidi diselamatkan daripada diseludup ke negara jiran hasil serbuan anggota penguat kuasa Kementerian Perdagangan Dalam Negeri dan Kos Sara Hidup (KPDN) Kelantan di Kampung Tasek di sini petang kelmarin.

Ketua Pegawai Penguatkuasa KPDN Kelantan,  Aswadi Jaafar berkata, semasa melakukan rondaan anggota bertugas telah mengesan sebuah kereta jenis Proton Waja yang dipandu dalam keadaan mencurigakan.

Katanya, anggota bertugas terus mengejar kereta tersebut sejauh 10 kilometer bermula dari Lubok Gong sebelum pemandu bertindak meninggalkan kenderaan tersebut dan melarikan diri ke kawasan semak berhampiran Banggol Kulim.

“Hasil pemeriksaan lanjut ke atas kereta itu telah menjumpai 510 kg gula dan 648 kg minyak masak yang dipercayai mahu diseludup ke negara jiran,” katanya ketika dihubungi di sini hari ini.

Aswadi memberitahu, kes disiasat mengikut Seksyen 21 Akta Kawalan Bekalan 1961.-UTUSAN.

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

BERITA BERKAITAN

×