Banjir Sabah: Tawau daerah terbaharu terjejas

Banjir Sabah: Tawau daerah terbaharu terjejas

GAMBAR HIASAN
Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram

KOTA KINABALU: Tawau menjadi daerah baharu di Sabah yang dilanda banjir selepas Kota Marudu, Pitas dan Paitan.

Mangsa terjejas juga semakin meningkat dan setakat pukul 8 pagi tadi, seramai 5,141 mangsa banjir telah dipindahkan ke pusat pemindahan sementara (PPS) yang telah dibuka.

Sekretariat Pengurusan Bencana Negeri Sabah berkata, seramai 245 orang mangsa banjir di Tawau dipindahkan ke sebuah PPS yang dibuka di Dewan Serbaguna Kompleks Sukan Tawau.

Bagi tiga daerah lain masing-masing kekal mencatatkan jumlah mangsa banjir iaitu Kota Marudu seramai 1,929 orang; Pitas (2,120) dan Paitan (847) orang.-UTUSAN

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

BERITA BERKAITAN

×