Imigresen FC kutip tiga mata tumpaskan Negeri Sembilan

Imigresen FC kutip tiga mata tumpaskan Negeri Sembilan

EDUARDO Jose Sosa Vegas meraikan gol jaringannya sekali gus gol kemenangan Imigresen FC untuk menewaskan NSFC dalam aksi Liga Super di Stadium Tuanku Abdul Rahman Paroi, Seremban, hari ini.-UTUSAN/MOHD. SHAHJEHAN MAAMIN.
Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram

SEREMBAN: Dua gol oleh pemain import Imigresen FC, Eduardo Jose Vegas memastikan pasukan itu pulang dengan tiga mata penuh menumpaskan Negeri Sembilan FC (NSFC) 2-1 dalam saingan Liga Super di Stadium Tuanku Abdul Rahman, Paroi di sini malam tadi.

NSFC terlebih dahulu mendahului pada minit ke-8 apabila hantaran leret Luqman Hakim Shamsuddin ke depan pintu gol Imigresen telah dipintas pemain pertahanan lawan, Vinicius Milani Bueno namun bola bergolek masuk ke gawang pasukan itu.

Detik malang buat pasukan tuan rumah bermula apabila pemain tengah, Yuichi Hirano dilayangkan kad merah selepas pemain dari Jepun itu dikesan mengasari Muhammad Zulfahmi Mohd. Ariffin.

Kekurangan pemain pasukan tuan rumah dimanfaatkan oleh Imigresen dengan menggandakan asakan ke kubu lawan.

Hasilnya pada minit ke-39, hantaran lintang Muhammad Aiman Khairul Yusni disambut oleh Eduardo yang melepaskan sepakan kencang menembusi gawang NSFC sekali gus menyamakan kedudukan.

Memasuki separuh masa kedua, Imigrese terus menggandakan serangan dan penjaga gol NSFC, Muhammad Azri Ghani dikerah bekerja keras mempertahankan gawangnya.

Serangan berterusan pasukan pelawat akhirnya membuahkan hasil pada minit ke-84 dengan Eduardo muncul wira melakukan sepakan deras dari luar kotak penalti menewaskan Muhammad Azri.-UTUSAN.

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

BERITA BERKAITAN

×