PETALING JAYA: Aliran trafik di beberapa lebuh raya utama di seluruh negara bergerak perlahan setakat tengah hari ini susulan peningkatan jumlah kenderaan di beberapa lokasi.
Jurucakap Lembaga Lebuhraya Malaysia (LLM) berkata, di Lebuhraya Utara Selatan (PLUS) E1 ke arah utara, trafik mula perlahan di Perai ke Juru, Sungai Perak (kilometer 258.5) ke Terowong Meru dan Gopeng ke Tapah.
“Di PLUS E2, trafik mula perlahan ke arah utara dari Senawang ke Port Dickson.
“Trafik turut bergerak perlahan di Lebuhraya Kuala Lumpur-Karak (KLK) E8 ke arah barat, iaitu di Bentong ke Lentang dan Lentang ke Bukit Tinggi,” katanya di sini hari ini.
Katanya, trafik di Tambak Johor menghala ke selatan juga bergerak perlahan dari Kompleks Kastam, Imigresen dan Kuarantin (CIQ) Sultan Iskandar, Johor Bahru ke CIQ Woodlands, Singapura.
Sebanyak 32 lorong pintar diaktifkan di sepanjang Lebuhraya PLUS hari ini bagi memastikan trafik kekal lancar.
Orang ramai boleh mendapatkan maklumat trafik terkini menerusi talian 1-800-88-7752 selama 24 jam dan laman X @plustrafik serta @llmtrafik. – UTUSAN










