Anwar, Lawrence adakan pertemuan petang ini

Anwar, Lawrence adakan pertemuan petang ini

ANWAR IBRAHIM
Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram

KUALA LANGAT: Perdana Menteri Singapura, Lawrence Wong dijadual mengadakan pertemuan dengan Perdana Menteri, Datuk Seri Anwar Ibrahim, petang ini.

Anwar berkata, kunjungan tersebut bukan merupakan lawatan rasmi, sebaliknya pertemuan atas dasar persahabatan bagi membincangkan kepentingan bersama kedua-dua negara.

Jelasnya, pertemuan kali ini turut melibatkan mesyuarat dua hala merangkumi isu-isu berbangkit yang perlu diselesaikan secara bersama.

Menurut beliau, antara perkara yang bakal dibincangkan termasuk perkembangan projek-projek yang telah dipersetujui sebelum ini.

“Saya ucapkan terima kasih kerana beliau datang untuk perjumpaan tidak rasmi sebagai sahabat.

“Bukan lawatan rasmi tetapi ambil kesempatan untuk bincang kepentingan kedua-dua negara dan kemajuan projek-projek yang telah kita putuskan bersama.

“Saya tentu hargai kerana ini menunjukkan jalinan persahabatan antara dua negara itu baik,” katanya ketika ditemui pemberita selepas menunaikan solat Jumaat di Masjid Kampung Seri Cheeding, Banting hari ini.

Tambah Anwar, sempena bulan Ramadan, beliau turut mengundang Lawrence untuk berbuka puasa bersama. – UTUSAN

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

BERITA BERKAITAN

×