Mas Ermieyati letak jawatan Ketua Bahagian Bersatu Masjid Tanah

Mas Ermieyati letak jawatan Ketua Bahagian Bersatu Masjid Tanah

MAS ERMIEYATI SAMSUDIN
Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram

PETALING JAYA: Datuk Mas Ermieyati Samsudin hari ini meletak jawatan sebagai Ketua Bahagian Parti Pribumi Bersatu Malaysia (Bersatu) Masjid Tanah bersama 39 lagi ahli jawatankuasa (AJK) bahagian terbabit.

Perkara itu diumumkan Setiausaha Bersatu Bahagian Masjid Tanah, Shahrul Azhar Amir yang turut meletakkan jawatan selepas mesyuarat hari ini.

Katanya, pertemuan selama dua jam ini telah berlangsung dengan baik dan ketua bahagian telah memberi penjelasan tentang perkembang terkini konflik politik Bersatu.

“Sesi mesyuarat khas ini juga telah merakamkan secara sebulat suara tentang pendirian Bersatu Masjid Tanah bahawa tindakan ini dilakukan atas faktor telah kehilangan kepercayaan kami kepada Tan Sri Muhyiddin Yassin sebagai presiden.

“Dengan peletakan jawatan kami ini, maka dimaklumkan bahawasanya Jawatankuasa Bersatu Bahagian Masjid Tanah adalah dengan ini terbubar secara rasmi,” katanya dalam kenyataan di akaun Facebooknya hari ini.

Sementara itu Mas Ermieyati ketika dihubungi  Utusan Malaysia mengesahkan peletakkan jawatannya itu.

“Ya benar, saya baru letak jawatan di bahagian sahaja,” katanya.-UTUSAN.

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

BERITA BERKAITAN

×