Empat van bawa jenazah lima sekeluarga ke Masjid Cherating

Empat van bawa jenazah lima sekeluarga ke Masjid Cherating

JENAZAH lima sekeluarga yang ditemukan maut di sebuah rumah di Taman Cerating Damai di Kuantan, Pahang dibawa keluar daripada pekarangan Jabatan Forensik Hospital Tengku Ampuan Afzan (HTAA) oleh empat buah van jenazah dan diiring kereta peronda polis.
Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram

KUANTAN: Cuaca mendung dan gerimis mengiringi jenazah lima sekeluarga ketika dibawa keluar menggunakan empat van jenazah dari pekarangan Jabatan Forensik Hospital Tengku Ampuan Afzan (HTAA) di sini, kira-kira pukul 3.10 petang hari ini. 

Proses bedah siasat mayat yang bermula petang semalam dan bersambung pagi tadi selesai kira-kira pukul 2.30 petang sebelum proses pengecaman oleh waris.

Ketika jenazah dibawa keluar, kelihatan ada ahli keluarga yang tidak dapat menahan kesedihan sehingga terpaksa dipapah oleh ahli keluarga lain.

Seterusnya semua jenazah dibawa ke Masjid Cherating dengan kawalan dan iringan polis bagi menunaikan solat jenazah. Difahamkan, kesemua mangsa akan dikebumikan di Tanah Perkuburan Islam Kampung Cherating Lama selepas solat Asar.

Tiga mangsa yang melalui prosedur bedah siasat hari ini ialah Tuan Kamaria Tuan Puteh, 56, bersama dua cucu perempuannya, manakala dua lagi mangsa iaitu lelaki berusia 32 tahun yang dipercayai menjadi suspek utama serta isterinya, 33, selesai  semalam.

Dalam kejadian kira-kira pukul 7 pagi semalam, lelaki yang bekerja sebagai pengawal keselamatan itu dipercayai bertindak membunuh empat ahli keluarganya sebelum ditemukan meninggal dunia di kediaman setingkat mereka di Taman Cherating Damai.

Usaha media untuk  ahli keluarga mangsa di pekarangan Jabatan Forensik HTAA gagal apabila mereka enggan berbuat demikian selain meminta menghormati dan memahami keadaan keluarga. – UTUSAN

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

BERITA BERKAITAN

×