Peniaga culas tidak letak tanda harga

Peniaga culas tidak letak tanda harga

MOHD. Yusrizal Yusoff (tengah) ketika mengadakan pemantauan harga dan bekalan sempena Ramadan di Pasar Besar Alor Setar, Kedah hari ini.
Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram

ALOR SETAR: Tindakan segelintir peniaga di sekitar bandar raya ini yang masih gagal meletakkan tanda harga pada barang jualan dikesali kerana menyukarkan pengguna membuat pilihan selain membuka ruang kepada manipulasi harga.

Presiden Persatuan Pengguna Kedah (Cake), Mohd. Yusrizal Yusoff berkata, sikap peniaga itu juga jelas melanggar peraturan ditetapkan Kementerian Perdagangan Dalam Negeri dan Kos Sara Hidup (KPDN) terutama ketika musim perayaan ini.

“Cake kesal kerana hari ini kita melakukan tinjauan di pasar dan tempat lain mendapati banyak peniaga tidak meletakkan tanda harga. Kita berharap mereka beretika. 

“Ini memudahkan pengguna melihat harga dan membuat perbandingan sebelum membuat pembelian. Kegagalan meletakkan tanda harga boleh menyebabkan pengguna dikenakan caj berbeza-beza, pengguna pun tidak senang hati,” katanya selepas melakukan tinjauan dan pemantauan harga sempena Ramadan di Pasar Besar Alor Setar, di sini hari ini.

Sehubungan itu, pihaknya menyarankan agensi berkaitan meningkatkan pemantauan dan mengambil tindakan tegas terhadap peniaga yang ingkar.

“KPDN diharapkan kerap melakukan pemeriksaan terutama hari ini apabila orang ramai ke pasar untuk membeli barangan sebagai persediaan Ramadan. 

“Saya pernah mencadangkan agar penguat kuasa datang tanpa beruniform supaya mereka mendapat gambaran sebenar tentang perkara ini. Apa pun kita mengharap kesedaran peniaga,” katanya.

Sementara itu katanya, hasil tinjauan mendapati harga barangan di pasar berkenaan terkawal selain bekalan yang mencukupi. – UTUSAN

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

BERITA BERKAITAN

×