Jabatan Imigresen 'gempur' klinik kecantikan haram milik warga China 

Jabatan Imigresen ‘gempur’ klinik kecantikan haram milik warga China 

Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram

PETALING JAYA: Jabatan Imigresen (JIM) menggempur sebuah klinik kecantikan haram didalangi ‘doktor’ dari China di Bukit Bintang dekat sini, semalam.

Serbuan dibuat menerusi Op Dandan hasil risikokan dan aduan awam mengenai kegiatan warga asing menjalankan prosedur kecantikan tanpa kebenaran Kementerian Kesihatan (KKM).

Dalam operasi tersebut, seramai 15 warga asing ditahan.

Ketua Pengarah Imigresen Malaysia, Datuk Zakaria Shaaban, klinik berkenaan menawarkan perkhidmatan rawatan muka dan kecantikan badan menggunakan khidmat warga asing yang menyalahgunakan Pas Lawatan Sosial (PLS).

“Klinik ini dipercayai dimiliki seorang warga China yang turut menyalahgunakan pas dan beroperasi sejak setahun lalu serta sudah mengaut untung ratusan ribu ringgit,” katanya dalam kenyataan hari ini.

Menurutnya, seramai 18 individu diperiksa dan 15 daripada mereka ditahan terdiri daripada enam lelaki dan tujuh wanita warga China serta dua wanita Myanmar.

Zakaria berkata, tiga lagi individu diperiksa adalah pekerja tempatan dan diberikan notis untuk hadir ke pejabat JIM Kuala Lumpur pada tarikh ditetapkan untuk membantu siasatan. 

“Siasatan awal mendapati mereka dipercayai menjalankan rawatan kecantikan tanpa kebenaran malah tidak mempunyai Pas Lawatan Kerja Sementara (PLKS) yang sah.

“Pasukan operasi menyita beberapa pakaian seragam, telefon bimbit, komputer riba, kamera litar tertutup, lesen premis perniagaan dan lain-lain dokumen berkaitan syarikat,” katanya.

Tambah Zakaria, kesemua warga asing ditahan bagi membantu siasatan mengikut Seksyen 6(1)(c) Akta Imigresen 1959/63 dan Peraturan 39(b) Peraturan-peraturan Imigresen 1963.

Zakaria berkata, tindakan tegas ini akan diteruskan bagi membanteras aktiviti yang melanggar undang-undang negara khususnya membabitkan warga asing.

“Orang ramai diminta menyalurkan sebarang maklumat berkaitan menerusi saluran aduan rasmi JIM supaya tindakan dapat diambil,” katanya. – UTUSAN

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

BERITA BERKAITAN

×