HSS Engineers teroka peluang sektor data dan teknologi - Utusan Malaysia

HSS Engineers teroka peluang sektor data dan teknologi

KUNA SITTAMPALAM
Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram

PETALING JAYA: HSS Engineers Bhd. sedang meneroka peluang dalam sektor digital dan teknologi yang fokus kepada
pusat data serta 5G.

Naib Pengerusi Eksekutifnya, Tan Sri Kuna Sittampalam berkata, usaha itu adalah sebagai sokongan kepada fokus kerajaan yang ingin mempercepatkan ekonomi digital.

“Kami telah memulakan pendekatan perkongsian kerjasama dengan pakar pusat data terkemuka global untuk mengejar peluang pengurusan kejuruteraan dan projek di Malaysia dan Asia Tenggara.

“Pada masa yang sama, kami juga memanfaatkan pengalaman dalam perundingan pengurusan projek (PMC) untuk  meraih peluang dengan Digital Nasional Bhd. (DNB) bagi melaksanakan pelancaran 5G di seluruh negara dengan jayanya,” katanya dalam sidang media yang diadakan secara maya selepas mesyuarat tahunan keenam syarikat itu.

Jelasnya, berikutan pandemik yang melanda dunia, banyak perniagaan telah beralih dan menjalankan operasi mereka secara dalam talian.

Ujarnya, memandangkan pengguna dan perniagaan menggunakan lebih banyak data di dunia yang semakin terhubung, pusat data kini menerima permintaan yang amat tinggi.

Tambahnya, oleh kerana kerajaan Singapura mengenakan moratorium dalam penubuhan pusat data baharu susulan
kekurangan tenaga dan tanah, Malaysia dan Indonesia dijangka akan mendapat keuntungan daripada limpahan  permintaan itu.

Dalam pada itu, Sittampalam memberitahu, sektor itu di negara ini dijangka meraih pertumbuhan pendapatan lebih  AS$800 juta (RM3.29 bilion) menjelang 2030.

“Perangkaan industri menjangkakan pasaran pusat data di Asia Tenggara seperti Singapura, Malaysia, Indonesia dan  Thailand bersedia untuk mengalami kadar pertumbuhan tahunan di kompaun (CAGR) sebanyak 14 peratus kepada AS$3.5 bilion (RM14.4 bilion) pada sedekad akan datang.

“Kami juga sedang berbincang dengan pakar pusat data terkemuka global untuk mengejar peluang pengurusan  kejuruteraan dan projek di Malaysia dan Asia Tenggara,” katanya.

Ujarnya, segmen itu akan diterjemahkan kepada pendapatan Kumpulan pada tahun kewa ngan 2022. – UTUSAN

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

BERITA BERKAITAN

×