Dorgu buat Man. United resah

Dorgu buat Man. United resah

Pemain pertahanan Manchester United, Patrick Dorgu mendapat cedera semasa menentang Arsenal dalam saingan Liga Perdana Inggeris minggu lalu. - AFP
Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram

MANCHESTER: Manchester United berdepan tamparan awal apabila Patrick Dorgu berkemungkinan terpaksa diketepikan selama beberapa minggu menjelang aksi Liga Perdana Inggeris(EPL) menentang Fulham di Old Trafford hari ini.

Memuatkan artikel berkaitan…

Khidmat Dorgu terpaksa dilupakan susulan kecederaan otot paha yang dialaminya ketika aksi menentang Arsenal tempoh hari.

Pemain antarabangsa Denmark berusia 21 tahun itu terpaksa dikeluarkan pada minit ke-81 selepas mengalami kecederaan, hanya kira-kira setengah jam selepas meledak gol kedua United menerusi voli kaki kiri yang membantu kemenangan dramatik 3-2 di Stadium Emirates.

Pengurus United, Michael Carrick mengesahkan kecederaan tersebut berpotensi serius dan pihak kelab masih menilai tempoh sebenar pemain itu akan berehat.

“Pat akan diketepikan buat sementara waktu. Kami masih belum pasti berapa lama, tetapi ia kelihatan lebih serius daripada sekadar kekejangan.

“Sama ada beberapa minggu atau lebih, kami perlu menunggu perkembangan lanjut,” katanya ketika sidang media sebelum perlawanan.

Dorgu, yang menyertai United pada jendela perpindahan musim panas lalu, berada dalam prestasi cemerlang apabila turut menjaringkan gol dalam kemenangan ke atas Manchester City awal bulan ini, sekali gus muncul sebagai antara tonggak penting pasukan.

Ketiadaannya pastinya merisaukan Carrick ketika United, yang kini menghuni tangga keempat liga, bersiap sedia menentang Fulham hari ini dalam misi memburu kemenangan ketiga berturut-turut sejak beliau mengambil alih tugas pengendali pasukan.

Carrick mengakui kecederaan adalah sebahagian daripada realiti bola sepak, namun berharap pemain muda itu dapat kembali secepat mungkin bagi memperkukuh cabaran United dalam saingan liga. – AGENSI/UTUSAN

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

BERITA BERKAITAN