Pas tidak tamak - Ahmad Fadhli

Pas tidak tamak – Ahmad Fadhli

AHMAD FADHLI SHAARI
Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram

PETALING JAYA: Ketua Penerangan Pas, Ahmad Fadhli Shaari menyelar dakwaan kononnya sikap tamak pemimpin parti itu sehingga mengorbankan hubungan dengan Parti Pribumi Bersatu Malaysia (Bersatu).

Beliau yang juga Ahli Parlimen Pasir Mas berkata, sekiranya Pas tamak, parti itu tidak akan menyerahkan jawatan Ketua Pembangkang kepada parti lain sedangkan Pas memiliki jumlah kerusi Parlimen terbanyak.

“Jika Pas tamak, sejurus selepas Pilihan Raya Umum (PRU), Pas akan terus menuntut jawatan Pengerusi Perikatan Nasional (PN) kerana jumlah kerusi kami lebih banyak.

“Tetapi Pas hanya membangkitkan soal Pengerusi PN selepas melihat arah tuju Bersatu yang semakin membimbangkan dan berpotensi menjejaskan PN,” katanya menerusi hantaran di Facebook hari ini.

Beliau berkata demikian bagi mengulas rencana sebuah akhbar yang memetik kenyataan Ketua Penerangan Bersatu, Datuk Tun Faisal Ismail Aziz.

Menurut beliau, Pas hanya mahu menyelamatkan situasi dan bergerak mengikut gerak kerja yang sepatutnya menjelang Pilihan Raya Umum ke-16 (PRU16).

“Anda dan beberapa kerat pemimpin anda yang tamak, masuk Bersatu pada tahun 2023 selepas PRU dan pandai-pandai melabel Pas sebagai tamak serta pemimpinnya gila jawatan,” katanya. – UTUSAN

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

BERITA BERKAITAN

×