Roda pesawat British Airways tercabut ketika berlepas 

Roda pesawat British Airways tercabut ketika berlepas 

TANGKAP layar video menunjukkan roda belakang kanan sistem pendaratan utama pesawat British Airways tercabut dan jatuh sejurus berlepas dari Las Vegas.-AGENSI
Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram

LAS VEGAS: Sebuah pesawat British Airways dalam penerbangan dari Las Vegas dilaporkan kehilangan satu roda belakangnya sejurus berlepas dari landasan pada Isnin.

Penerbangan BA274 yang menuju ke London itu mula bergerak di landasan Lapangan Terbang Antarabangsa Henry Reid pada pukul 9.05 malam (waktu tempatan) untuk berlepas, lapor laman penerbangan Flightradar24.

Percikan api dilaporkan kelihatan pada bahagian gear pendaratan utama sebelah kanan pesawat jenis Airbus A350-1000 itu ketika ia mula meninggalkan landasan, kira-kira 40 saat setelah berlepas.

Memuatkan artikel berkaitan…

Insiden tersebut sempat dirakam menerusi penstriman langsung Flightradar24. Rakaman menunjukkan ketika pesawat sedang melaraskan gear pendaratan ke dalam badan pesawat di ruang udara, komponen yang dipercayai roda belakang kanan pada gear pendaratan utama dilihat tercabut dan gugur.

Meskipun berdepan situasi cemas itu, pesawat berkenaan tetap meneruskan penerbangan selama sembilan jam 17 minit ke London dan berjaya mendarat dengan selamat di Lapangan Terbang Heathrow.

Dalam satu kenyataan media, pihak pengurusan Lapangan Terbang Antarabangsa Henry Reid mengesahkan roda tersebut ditemukan semula di kawasan lapangan terbang.

Tiada sebarang kecederaan dilaporkan membabitkan penumpang atau anak kapal, malah tiada kerosakan harta benda berlaku di lapangan terbang berkenaan.

Lembaga Keselamatan Pengangkutan Kebangsaan Amerika Syarikat (NTSB) dimaklumkan mengenai insiden itu untuk tindakan lanjut. -AGENSI

 

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

BERITA BERKAITAN

×