Dirempuh kanggaru tidak halang Vine rangkul juara

Dirempuh kanggaru tidak halang Vine rangkul juara

Jay Vine menjulang perisai juara selepas memenangi perlumbaan Jelajah Down Under di Adelaide, Australia, kelmarin. - AFP
Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram

ADELAIDE: Pelumba Australia, Jay Vine, menjuarai Jelajah Down Under walaupun mengalami patah pergelangan tangan selepas dirempuh seekor kanggaru pada peringkat kelima dan terakhir perlumbaan.

Pasukan UAE Team Emirates-XRG memaklumkan Vine antara beberapa pelumba yang terlibat dalam kemalangan apabila haiwan marsupial tersebut tiba-tiba melompat ke laluan perlumbaan.

Meskipun terjatuh dan mengalami kecederaan, Vine bangkit meneruskan kayuhan sebelum berjaya mempertahankan kedudukan pendahulu keseluruhan, seterusnya muncul juara dengan kelebihan lebih satu minit.

Doktor pasukan, Adrian Rotunno berkata, Vine mengadu sakit pada pergelangan tangan sebaik perlumbaan tamat.

“Pemeriksaan perubatan mendapati beliau mengalami patah tulang skafoid yang ketara pada pergelangan tangan kiri akibat kemalangan di peringkat akhir,” katanya dalam satu kenyataan.

Pelumba berusia 30 tahun itu menjalani pembedahan yang disifatkan berjaya Selasa lalu, namun akan direhatkan daripada sebarang pertandingan bagi memberi tumpuan kepada proses pemulihan pasca pembedahan.

Jelajah Down Under merupakan acara pembukaan Jelajah Dunia 2026, yang akan diteruskan hujung minggu ini menerusi Perlumbaan Great Ocean Road. – AGENSI/UTUSAN

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

BERITA BERKAITAN

×