Polis siasat kes dua lelaki bergaduh di kawasan awam

Polis siasat kes dua lelaki bergaduh di kawasan awam

POLIS DIRAJA MALAYSIA
Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram

PETALING JAYA: Polis menjalankan siasatan berhubung pergaduhan melibatkan dua lelaki di kawasan awam Taman Sungai Chua, Kajang dekat sini, semalam.

Kejadian yang dipercayai berlaku kira-kira pukul 12.50 tengah hari itu tular di media sosial menerusi rakaman video memaparkan kedua-dua individu terbabit bertindak agresif di hadapan orang ramai.

Ketua Polis Daerah Kajang, Asisten Komisioner Naazron Abdul Yusof berkata, pihaknya menerima maklumat mengenai insiden berkenaan pada pukul 11.16 malam tadi.

Menurutnya, setakat ini tiada laporan polis diterima daripada mana-mana pihak yang terlibat.

“Punca sebenar kejadian masih dalam siasatan dan kes disiasat di bawah Seksyen 160 Kanun Keseksaan berkaitan perbuatan gaduh gempar di tempat awam.

“Jika sabit kesalahan, individu terlibat boleh dikenakan hukuman penjara sehingga enam bulan atau denda maksimum RM1,000 atau kedua-duanya sekali,” katanya dalam kenyataan hari ini.

Orang awam yang mempunyai maklumat diminta menghubungi Pusat Kawalan Daerah Kajang atau pegawai penyiasat kes bagi membantu siasatan. – UTUSAN

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

BERITA BERKAITAN

×