Trump persoal sokongan terhadap Reza Pahlavi di Iran

Trump persoal sokongan terhadap Reza Pahlavi di Iran

DONALD Trump mengumumkan kenaikan tarif global kepada 15 peratus daripada 10 peratus susulan keputusan Mahkamah Agung AS yang membatalkan kebanyakan langkah perdagangan diperkenalkannya sebelum ini.
Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram

WASHINGTON: Presiden Amerika Syarikat (AS), Donald Trump memuji tokoh pembangkang Iran, Reza Pahlavi sebagai seorang yang sangat baik tetapi menyuarakan keraguan terhadap kemampuan beliau mendapatkan sokongan di dalam Iran untuk mengambil alih pemerintahan pada masa hadapan.

Dalam temu bual eksklusif Reuters di Pejabat Oval, Trump berkata, terdapat kemungkinan kerajaan ulama Iran bakal tumbang.

“Kemungkinan kerajaan Teheran boleh tumbang akibat protes, tetapi hakikatnya, mana-mana rejim boleh gagal. Sama ada ia tumbang atau tidak, ini akan menjadi satu tempoh masa yang menarik,” katanya.

Trump berulang kali mengancam untuk campur tangan bagi menyokong penunjuk perasaan di Iran, di mana ribuan orang dilaporkan terbunuh dalam tindakan keras terhadap rusuhan menentang pemerintah.

Namun pada hari Rabu, beliau enggan memberikan sokongan penuh kepada Pahlavi, anak kepada Shah Iran yang digulingkan pada 1979.

“Beliau kelihatan sangat baik, tetapi saya tidak tahu bagaimana beliau akan diterima di dalam negaranya sendiri.

“Kita sebenarnya belum sampai ke tahap itu lagi. Saya tidak tahu sama ada negaranya akan menerima kepimpinannya, tetapi jika mereka menerimanya, itu tidak menjadi masalah bagi saya,” katanya.

Minggu lalu Trump mengumumkan tidak merancang untuk bertemu dengan Pahlavi.

Pahlavi yang berusia 65 tahun dan tinggal di luar Iran sejak sebelum bapanya digulingkan semasa Revolusi Islam 1979, kini menjadi suara ketara dalam protes di Iran.

Pembangkang Iran terbahagi kepada beberapa kumpulan dan aliran ideologi termasuk golongan monarki yang menyokong Pahlavi dan kelihatan mempunyai kehadiran yang terhad secara teratur di dalam Republik Islam.

Dalam temu bual tersebut beliau turut menyalahkan Presiden Ukraine, Volodymyr Zelenskiy, atas kebuntuan rundingan dengan Russia mengenai perang di Ukraine dan menolak kritikan Republikan terhadap siasatan Jabatan Kehakiman ke atas Pengerusi Rizab Persekutuan, Jerome Powell.

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

BERITA BERKAITAN

×