‘Kalau pemain naturalisasi tak bagus kenapa ambil’ - Utusan Malaysia

‘Kalau pemain naturalisasi tak bagus kenapa ambil’

SOH CHIN AUN
Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram

PETALING JAYA: Usah terlalu mengharapkan khidmat pemain naturalisasi kerana hakikatnya langkah itu tidak akan memajukan bola sepak negara.

Bercakap kepada Utusan Malaysia, bekas pemain kebangsaan, Serbegeth Singh berkata, kemasukan pemain naturalisasi membuatkan sku­ad kebangsaan seolah-olah terlalu yakin boleh meraih kemenangan.

Katanya, tindakan itu akhir­nya memakan diri apabila tewas 0-4 kepada Emiriah Arab Bersatu (UAE) dalam aksi kelayakan Piala Dunia, baru-baru ini.

“Saya sebenarnya memang tidak setuju dengan pemain naturalisasi. Kalau pemain kacukan tidak apa, mereka berhak mewakili negara. Ini pemain yang tidak ada kena mengena, ambil pemain yang berusia pula. Buat apa terikut-ikut dengan negara lain, ini bukan caranya untuk majukan bola sepak negara.

“Nasihat saya, pilihlah pemain berdasarkan keupayaannya. Janganlah hanya kerana dia pemain naturalisasi, kita kena bagi dia beraksi, macam Guilherme de Paula. Kalau dah main tak bagus, gantilah dia dengan pemain lain,” katanya di sini, semalam.

Bagaimanapun, Shebby meng­anggap skuad Harimau Malaya masih berpeluang untuk meraih kemenangan ke atas Vietnam dan Thailand.

“Malaysia masih boleh menang lawan Vietnam dan Thailand, memandangkan mereka adalah pasukan pilihan, jadi tiada tekanan. Tapi jangan ingat kita ini bagus sangat, lawan UAE pun tak lepas.

“Kita kena balik kepada asal, susun semula pasukan, cari momentum kemenangan. Asalkan kita tidak bolos, selagi itu ada peluang untuk menang,” ujarnya.

Dalam pada itu, bekas kap­ten pasukan kebangsaan, Datuk Soh Chin Aun menyifatkan skuad kebangsaan memerlukan pemain naturalisasi yang lebih baik.

“Kalau pemain itu tak bagus, kenapa ambil? Memang negara lain pun ambil, tetapi ambillah yang lebih baik.

“Pemain naturalisasi mesti lebih baik daripada pemain kita. Kalau tidak buat apa ambil. Habis terjejas peluang budak-budak kita. Jangan harapkan sangat pemain naturalisasi, kita kena jaga pemain kita juga,” katanya. – UTUSAN

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

BERITA BERKAITAN

×