Suami isteri direman bantu siasatan kes dera anak - Utusan Malaysia

Suami isteri direman bantu siasatan kes dera anak

Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram

SEREMBAN: Sepasang suami isteri direman selama tujuh hari bermula hari ini bagi membantu siasatan kes penderaan seorang kanak-kanak lelaki berusia 10 tahun di Nilai baru-baru ini.

Ketua Polis Daerah Nilai, Superintenden Johari Yahya berkata, permohonan reman terhadap suspek lelaki dan wanita berusia 30 dan 22 tahun itu yang masing-masing merupakan ibu kandung dan bapa tiri mangsa mengikut Seksyen 31 (1), Akta Kanak-kanak 2001.

Katanya, perintah reman itu dikeluarkan oleh Majistret Nurul Azuin Mohd Talhah di Mahkamah Majistret Seremban pagi tadi.

“Permohonan reman difailkan oleh pihak polis bagi membolehkan siasatan lanjut dijalankan, termasuk mendapatkan keterangan lanjut dan bukti berkaitan kes.

“Kedua-dua suspek itu sebelum ini ditahan berhubung kes penemuan mangsa dalam keadaan terbiar di luar sebuah kedai serbaneka di Star Valley, Nilai, pada 6 Januari lalu,” katanya dalam kenyataan hari ini.

Johari berkata, mangsa kini berada di bawah pemantauan pihak polis dan telah dirujuk ke Hospital Tuanku Ja’afar Seremban (HTJS) untuk pemeriksaan kesihatan serta rawatan lanjut. – UTUSAN

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

BERITA BERKAITAN

×