Tentera Thailand cedera serangan di sempadan Kemboja

Tentera Thailand cedera serangan di sempadan Kemboja

Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram

BANGKOK: Tentera Thailand berkata pasukan Kemboja melanggar gencatan senjata yang memasuki hari ke-10 pada Selasa apabila menembak wilayah sempadan dengan mortar yang menyebabkan seorang anggotanya cedera.

“Kemboja telah melanggar gencatan senjata pada pagi Selasa. Pasukan Kemboja menembak mortar ke wilayah Ubon Ratchathani.

“Seorang tentera cedera akibat serpihan peluru dan sedang dipindahkan untuk mendapatkan rawatan perubatan,” menurut kenyataan tentera Thailand.

Pertikaian berdekad-dekad antara jiran Asia Tenggara ini tercetus beberapa kali tahun lalu, dengan pertempuran pada bulan Disember menyebabkan puluhan kematian dan mengakibatkan kira-kira satu juta penduduk hilang tempat tinggal di kedua-dua pihak.

Kedua-dua negara bersetuju dengan gencatan senjata pada 27 Disember, yang menamatkan tiga minggu pertempuran.

Kemboja belum memberikan sebarang komen mengenai dakwaan serangan tersebut.

Tentera Thailand berkata, pihak tentera Cambodia mendakwa tembakan baharu di sempadan adalah satu kemalangan.

“Sebuah unit tentera di kawasan berkenaan dihubungi oleh pihak Cambodia yang mendakwa tiada niat untuk menembak ke wilayah Thailand dan berkata insiden itu berlaku akibat kesilapan operasi oleh anggota Cambodia,” menurut kenyataan tentera Thailand.-AFP

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

BERITA BERKAITAN

×