Thailand enggan bebaskan tawanan perang Kemboja

Thailand enggan bebaskan tawanan perang Kemboja

PENGAWAL keselamatan memeriksa sebuah rumah yang terkena tembakan artileri Kemboja di sebuah kampung berhampiran sempadan Thailand-Kemboja di wilayah Surin.- AFP
Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram

BANGKOK: Tentera Thailand memberi amaran akan mengkaji semula rancangan untuk membebaskan 18 tawanan rakyat Kemboja yang ditahan sejak Julai lalu susulan dakwaan pencerobohan ruang udara oleh dron negara itu di wilayah Ubon Ratchathani, Si Sa Ket dan Buri Ram.

Jurucakap Tentera Darat, Mejar Jeneral Winthai Suvaree berkata, Markas Wilayah Tentera Kedua melaporkan lebih 250 dron Kemboja dikesan berada dalam ruang udara Thailand di kawasan Chong Bok, Chong Anh Ma, Khao Satta Som, Cham Tae, Don Tarn, Chong Krang, Prasat Ta Muen Thom dan Chong Sai Ta Ku.

Katanya, pencerobohan dron Kemboja ke ruang udara Thailand merupakan satu provokasi serta pelanggaran perjanjian meredakan ketegangan, seperti termaktub hasil Mesyuarat Jawatankuasa Sempadan Bersama pada 27 Disember lalu.

“Tindakan itu menunjukkan Kemboja masih mencetuskan ketegangan dan mengekalkan sikap bermusuhan terhadap Thailand,” katanya.

Tentera Thailand masih ditempatkan di kawasan yang dirampas semula dan akan terus mengekalkan keselamatan di lokasi berkenaan sambil mematuhi perjanjian gencatan senjata.

Sekretariat Negara Hal Ehwal Sempadan Kemboja (SSBA) memaklumkan, Suruhanjaya Sempadan Bersama (JBC) Kemboja sudah menghantar nota diplomatik kepada Thailand bagi mencadangkan satu mesyuarat diadakan pada minggu pertama Januari.

Mesyuarat itu bertujuan membincangkan dan meneruskan kerja-kerja tinjauan serta penandaan sempadan di beberapa kilometer di di wilayah Sa Kaeo.

Ia menekankan pematuhan terhadap Konvensyen dan Perjanjian Franco-Siam, peta Suruhanjaya Penandaan Sempadan antara Indochina dan Siam, serta semua perjanjian dan dokumen berkaitan.

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

BERITA BERKAITAN

×