Trump ulang retorik lama ugut hapuskan Hamas

Trump ulang retorik lama ugut hapuskan Hamas

PRESIDEN AS, Donald Trump bersama Perdana Menteri Israel, Benjamin Netanyahu (kiri) semasa sidang akhbar di kediaman Trump di Mar-a-Lago di Palm Beach, Florida, kelmarin. – AFP
Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram

WASHINGTON: Presiden Amerika Syarikat (AS), Donald Trump sekali lagi mengulangi retorik lama dengan mengugut ‘menghapuskan Hamas’, sekiranya kumpulan pejuang itu gagal melucutkan senjata.

Kelmarin, Trump memberi amaran Hamas akan menerima akibat buruk sekiranya gagal melucutkan senjata, selain menyatakan sokongan penuh terhadap Perdana Menteri Israel, Benjamin Netanyahu selepas pertemuan kedua-dua pemimpin itu di Florida.

“Ia akan menjadi sangat buruk untuk mereka, dan saya tidak mahu perkara itu berlaku. Tetapi, mereka sudah membuat perjanjian untuk melucutkan senjata dan Israel tidak boleh dipersalahkan,” katanya.

Ketika ditanya pemberita sama ada beliau dan Netanyahu mungkin membincangkan pengunduran tentera Israel sebelum Hamas melucutkan senjata, Trump menyifatkan perkara itu sebagai dua isu berasingan namun sedia membincangkannya.

Ancaman itu bukan kali pertama dilontarkan Trump, malah beliau pernah mengeluarkan kenyataan sama sepanjang perang Gaza tercetus.

Bagaimanapun, sehingga kini walaupun Israel melancarkan serangan besar-besaran yang disokong penuh oleh AS, Hamas masih belum dapat ditewaskan sepenuhnya.

Lawatan Netanyahu ke kediaman Trump di Mar-a-Lago diadakan ketika pegawai Washington meningkatkan tekanan terhadap Israel supaya membuat konsesi bagi membolehkan kemajuan ke arah fasa kedua pelan damai Gaza, yang Oktober lalu menghentikan perang selama dua tahun.

Axios melaporkan pentadbiran Trump mahu mengumumkan penubuhan kerajaan teknokrat Palestin serta Pasukan Penstabilan Antarabangsa (ISF) di Gaza secepat mungkin.

Namun, pegawai kanan Trump ‘semakin kecewa’ apabila Netanyahu sengaja melemahkan gencatan senjata dan melengah-lengahkan proses damai.

Namun, Trump tidak menunjukkan kebimbangan itu ketika bertemu Netanyahu.

Katanya, beliau tidak bimbang terhadap sebarang tindakan Israel dan menegaskan rejim itu sudah mematuhi sepenuhnya pelan tersebut.

Hamas pula mengukuhkan penguasaannya di Gaza melalui beberapa siri hukuman mati, serbuan dan serangan fizikal yang menyasarkan pembelot serta tali barut Israel.

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

BERITA BERKAITAN

×