Netanyahu pujuk AS perang lagi dengan Iran

Netanyahu pujuk AS perang lagi dengan Iran

BENJAMIN NETANYAHU
Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram

TEL AVIV: Perdana Menteri Israel, Benjamin Netanyahu terus memberi amaran mengenai ancaman serius Iran terhadap Israel dan dunia.

Netanyahu dijangka mendesak tindakan ketentera­an lebih lanjut terhadap Iran apabila mengunjungi Presiden Donald Trump di Mar-a-Lago, Florida pada Ahad ini dengan program peluru berpandu Iran menjadi topik utama.

Pegawai Israel dan sekutu AS menyatakan peluru berpandu Tehran mesti ditangani segera, walaupun penganalisis menegaskan konfrontasi lain dengan Iran akan bertentangan dengan dasar luar

Trump yang menekankan kerjasama ekonomi dan hubungan diplomatik dengan negara Arab.

Sina Toossi, pakar di Center for International Policy berkata, Netanyahu mahukan penglibatan AS secara berterusan dalam peperangan menentang Iran untuk mengekalkan dominasi Israel di rantau itu.

“Ini mencerminkan matlamat Israel untuk dominasi yang tidak dicabar dan ekspansionisme, sekali gus berlawan dengan kepentingan AS yang mahu kestabilan tanpa penglibatan tentera secara langsung,” katanya.

Trump sebelum ini menyatakan beliau ‘membawa keamanan ke Asia Barat’ buat kali pertama dalam 3,000 tahun.

Strategi Keselamatan Nasional AS yang diterbitkan baru-baru ini menyatakan rantau ini kini menjadi ‘tempat perkongsian, persahabatan dan pelaburan’ dan bukan lagi keutamaan AS.

Walaupun Trump menegaskan isu nuklear Iran sudah diselesaikan melalui serangan bulan Jun, Israel kini memfokus kepada peluru berpandu untuk mengekang Teheran.

Netanyahu juga cuba memaksa AS menyertai Israel dalam peperangan baharu terhadap Iran.

Penganalisis memberi amaran risiko eskalasi meningkat kerana Iran dijangka bertindak balas lebih cepat dan keras sekiranya serangan kedua berlaku.

Israel mungkin memulakan serangan secara unilateral dan bergantung kepada pertahanan udara AS, sekali gus menjerumuskan Washington ke dalam konflik.

Trump dinasihatkan mengekang Israel daripada memulakan peperangan itu dari awal, sejajar dengan prinsip ‘America First’ dalam Strategi Keselamatan Nasional beliau, bagi memastikan AS tidak terlibat dalam pepera­ngan berkepanjangan di Asia Barat.

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

BERITA BERKAITAN

×