Indonesia tamatkan operasi SAR mangsa banjir di Aceh - Utusan Malaysia

Indonesia tamatkan operasi SAR mangsa banjir di Aceh

KEADAAN banjir yang melanda Lhoksukon, Aceh Utara, Indonesia. - AFP
Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram

BANDA ACEH: Agensi Mencari dan Menyelamat Nasional Indonesia (Basarnas) menamatkan operasi pencarian (SAR) mangsa banjir di beberapa wilayah di Aceh selepas lebih sebulan dijalankan, susulan kegagalan menemukan mangsa baharu sejak beberapa hari kebelakangan ini.

Ketua Basarnas Banda Aceh, Ibnu Harris Al Hussain berkata, operasi pencarian yang berlangsung selama 31 hari itu secara rasmi ditamatkan hari ini dan kini memasuki fasa pemantauan.

Katanya, sehingga kini seramai 31 penduduk Aceh masih hilang, namun peluang untuk mangsa terselamat dianggap sangat tipis memandangkan tempoh masa yang panjang telah berlalu sejak bencana berlaku.

Beliau menegaskan Basarnas akan terus menjalankan pemantauan di kawasan terjejas dan bersedia mengerahkan pasukan mencari dan menyelamat (SAR) sekiranya terdapat laporan baharu berkaitan penemuan mangsa.

“Pasukan SAR masih berada dalam keadaan siap siaga dan kami menggesa orang ramai supaya segera melaporkan sebarang penemuan bagi memudahkan proses pemindahan,” katanya.

Bencana banjir besar dan tanah runtuh melanda tiga wilayah di Pulau Sumatera iaitu Aceh, Sumatera Utara dan Sumatera Barat pada akhir November lalu akibat hujan lebat berterusan.

Menurut data Agensi Nasional Pengurusan Bencana (BNPB), sehingga 25 Disember, jumlah korban akibat bencana tersebut mencecah 1,135 orang, dengan 503 kematian direkodkan di Aceh, selain lebih 157,000 kediaman dilaporkan rosak, majoritinya di wilayah itu.

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

BERITA BERKAITAN

×