Esen vitamin C kurangkan kesan parut jerawat - Utusan Malaysia

Esen vitamin C kurangkan kesan parut jerawat

Melano CC Essence hasil rumusan empat jenis vitamin C berperanan mengurangkan bintik hitam dan meratakan tona kulit wajah.
Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram

Bosannya menggunakan produk untuk menutupi bintik-bintik gelap, bekas jerawat dan tona kulit yang tidak sekata. Masalah bintik kulit tidak juga reda.

Jenama penjagaan kulit Jepun terkemuka Melano CC oleh Rohto Mentholatum, yang terkenal dengan Vitamin C Brightening Essence dalam mengurangkan bintik-bintik gelap dan bekas jerawat, mempunyai jawapan untuk masalah pigmentasi.

Jenama ini menggunakan bentuk Vitamin C yang stabil – LASCORBIC ACID – Vitamin C yang paling tulen dan kuat untuk memberikan warna kulit yang lebih cerah, licin dan sekata.

Melano CC Essence telah menjadi esen pencerahan nombor satu di Jepun selama lima tahun berturut turut dan kini hadir dengan Esen Pencerah Premium baharu yang diformulasikan dengan empat jenis vitamin C.

Ia direka untuk melawan bintik-bintik gelap yang degil, memudarkan bekas jerawat yang degil, mengecilkan pori, menghidupkan semula kulit kusam dan mengimbangkan semula tona kulit untuk kulit yang kelihatan lebih cerah dan lebih berseri.

Ia mampu meresap jauh ke dalam lapisan kulit untuk melawan bintik-bintik gelap dan mempromosikan kulit berseri yang sihat dengan teknologi penembusan tinggi yang memastikan penyerapan penuh.

Ia menggabungkan empat jenis Vitamin C iaitu PURE Vit. C, Penetrating Vit. C, Oil Soluble Vit.C dan Long Lasting Vit. C untuk meresap ke dalam kulit dan melawan bintik-bintik gelap degil secara aktif, meringankan bekas jerawat degil, dan memperbaiki warna kulit yang tidak sekata.

Ia juga mengandungi vitamin B6 yang dapat membantu mengawal pengeluaran minyak berlebihan dan meminimumkan pori-pori terbuka serta vitamin E yang melembutkan dan menghidratkan kulit untuk kulit yang bercahaya, berseri dan sihat.

Antara bahan lain dalam esen ini termasuklah Allantoin (melegakan kemerahan dan menenangkan kulit yang merengsa), Alpinia Seed Extract (ekstrak halia yang membantu mencerahkan dan mengimbangkan warna kulit) dan ekstrak lemon (memiliki sifat antioksidan yang dapat meremajakan kulit kusam dan meratakan warna kulit).

Dirumuskan dengan empat jenis vitamin C untuk mengurangkan bintik hitam dan meratakan tona kulit.

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

BERITA BERKAITAN

×