Polis Belanda tahan 22 individu protes konsert penyanyi gereja Israel

Polis Belanda tahan 22 individu protes konsert penyanyi gereja Israel

Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram

THE HAGUE: Polis Belanda memaklumkan menahan 22 individu selepas pertempuran dengan penunjuk perasaan di luar sebuah dewan konsert di Amsterdam yang menganjurkan persembahan oleh penyanyi gereja rasmi tentera Israel.

Ratusan orang berkumpul berhampiran dewan terkenal Concertgebouw pada waktu petang bagi membantah persembahan Shai Abramson, ketua penyanyi gereja tentera Israel.

“Polis terpaksa campur tangan beberapa kali bagi memastikan penunjuk perasaan berada pada jarak selamat serta mengekalkan ketenteraman awam,” menurut kenyataan polis.

Pasukan polis rusuhan menggunakan belantan selepas penunjuk perasaan melepaskan bom asap.

Menurut pihak berkuasa, seorang anggota polis turut mengalami kecederaan ringan ketika menyuraikan penunjuk perasaan.

Polis turut menahan 22 individu atas pelbagai kesalahan, termasuk melanggar peraturan perhimpunan awam, memiliki bunga api dan melawan arahan penahanan.

Abramson pada asalnya dijadualkan mengetuai konsert Hanukkah awam tahunan Concertgebouw pada petang Ahad.

Bagaimanapun, rancangan itu mencetuskan bantahan orang ramai berikutan kaitannya dengan tentera Israel yang menerima kecaman antarabangsa susulan perang di Gaza.

Penyertaannya dalam acara petang itu dibatalkan dan digantikan dengan jemputan untuk menyanyi dalam dua konsert peribadi pada waktu malam.

Gencatan senjata yang ditaja AS menghentikan pertempuran di Gaza namun perjanjian yang berkuat kuasa sejak 10 Oktober itu masih rapuh, apabila Israel masih melakukan serangan hampir setiap hari.-AFP/AGENSI

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

BERITA BERKAITAN

×