Lelaki hilang sejak dua minggu ditemukan meninggal bersendirian

Lelaki hilang sejak dua minggu ditemukan meninggal bersendirian

Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram

PETALING JAYA: Polis mengesahkan seorang lelaki ditemukan meninggal dunia di sebuah rumah di Kota Damansara, di sini selepas tidak dapat dihubungi sejak dua minggu lalu.

Penemuan mayat lelaki itu diterima pihaknya kira-kira pukul 11.27 malam tadi.

Ketua Polis Daerah Petaling Jaya, Asisten Komisioner Shamsudin Mamat berkata, sepasukan polis dari Ibu Pejabat Polis Daerah (IPD) Petaling Jaya segera dikerahkan ke lokasi kejadian sebelum pasukan perubatan dari Hospital Sungai Buloh mengesahkan kematian mangsa.

“Mangsa dimaklumkan tinggal berseorangan dan pernah menjalani pembedahan di bahagian kepala beberapa tahun lalu,” katanya dalam kenyataan hari ini.

Katanya, hasil pemeriksaan awal polis di lokasi kejadian tidak menemui sebarang unsur jenayah dan mayat mangsa telah dihantar ke Unit Forensik Hospital Sungai Buloh bagi proses bedah siasat

Sehubungan itu, orang ramai yang mempunyai maklumat berhubung kejadian diminta menghubungi Bilik Gerakan IPD Petaling Jaya di talian 03-7966 2222.

“Selain boleh menghubungi Pegawai Penyiasat, Asisten Superintenden Polis, Mohd. Yunus Abdul Samad di talian 019-730 5604 bagi membantu siasatan,” jelasnya. – UTUSAN

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

BERITA BERKAITAN

×