UEC: Rakyat bebas pilih sistem pendidikan

UEC: Rakyat bebas pilih sistem pendidikan

JOHARI Abdul Ghani bersama Pesuruhjaya Tinggi Britain ke Malaysia, Ajay Sharma (tiga dari kanan) ketika Majlis Pelancaran UK Partnering for Accelerated Climate Transitions (UK PACT) 2.0 di Double Tree Hilton Kuala Lumpur. - UTUSAN/SADDAM YUSOFF
Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram

KUALA LUMPUR: Semua pihak bebas untuk memilih dan mengambil Sijil Peperiksaan Bersepadu (UEC) di negara ini.

Naib Presiden UMNO, DatukSeri Johari Abdul Ghani berkata, semua rakyat di negara ini bebas untuk memilih kepelbagaian sistem pendidikan yang ada di negara tanpa mempolitikkan isu UEC

“Perkara paling asas yang harus dijaga adalah sikap saling menghormati terhadap sistem yang telah lama terbina di Malaysia.

“Jika seseorang tidak bersetuju dengan UEC mereka tidak perlu memilih aliran tersebut. Namun, bagi mereka yang merasakan UEC mempunyai pengiktirafan antarabangsa mereka bebas untuk meneruskannya,” katanya.

Beliau berkata demikian ketika menghadiri majlis pelancaran Program UK Partnering for Accelerated Climate Transitions (UK PACT) 2.0 di sini hari ini.

Timbalan Pengerusi DAP, Nga Kor Ming pada sebelum ini dilapor berkata, partinya akan berjumpa dengan Perdana Menteri, Datuk Seri Anwar Ibrahim untuk meminta supaya kerajaan mengiktiraf UEC. – UTUSAN

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

BERITA BERKAITAN

×