Penduduk UK diarah berjaga-jaga dengan 'pisang hanyut'

Penduduk UK diarah berjaga-jaga dengan ‘pisang hanyut’

Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram

SELSEY: Satu operasi pembersihan besaribesaran sedang dijalankan di selatan England selepas lapan kontena berisi pisang tercampak ke laut dari sebuah kapal kargo, menyebabkan ratusan buah tersebut yang sedang reput terdampar di sepanjang pesisir pantai.

Menurut pasukan pengawal pantai United Kingdom (UK), sebanyak 16 kontena hilang ke laut pada Sabtu, termasuk lapan berisi pisang, dua berisi pisang tanduk dan satu kontena avokado.

Sejak itu, ratusan sikat pisang yang sepatutnya dihantar ke pasar raya Tesco terdampar di pantai berbatu di West Sussex, dengan pengawal pantai menggesa orang ramai supaya menjauhi kawasan yang dipenuhi sisa buah tersebut.

Kontena perkapalan yang rosak turut terdampar di bandar tepi laut Selsey, di mana para sukarelawan mengutip pisang yang berselerakan ke dalam beg sampah untuk dibersihkan, menurut pemerhatian seorang jurugambar AFP.

“Satu operasi pembersihan besar sedang dijalankan selepas beberapa kontena perkapalan terdampar di pesisir pantai West Sussex,” kata majlis tempatan dalam satu kenyataan pada Selasa.

Sejak Isnin, pengawal pantai mengerahkan sebuah helikopter dan pesawat untuk mencari lima kontena yang masih belum terdampar.

Pihak berkuasa turut memberi amaran kepada orang ramai agar tidak mengambil buah-buahan tersebut untuk kegunaan sendiri.-AFP

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

BERITA BERKAITAN

×