Lebih 60 kebakaran hutan landa New South Wales

Lebih 60 kebakaran hutan landa New South Wales

Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram

SYDNEY: Lebih 60 kebakaran hutan berlaku di New South Wales, sehari selepas sekurang-kurangnya 12 rumah musnah di kawasan pesisir tengah negeri itu.

Kawasan yang mempunyai populasi lebih 350,000 orang itu terletak kira-kira 45 km di utara Sydney, ibu negeri dan bandar terbesar Australia.

Namun, menurut Perkhidmatan Bomba Luar Bandar (RFS), kebakaran kini tidak lagi menimbulkan bahaya segera kepada penduduk dan amaran diturunkan ke tahap nasihat, iaitu tahap bahaya kedua terendah.

Memuatkan artikel berkaitan…

Perdana Menteri Australia, Anthony Albanese berkata, negara itu bernasib baik kerana tiada kehilangan nyawa dilaporkan dalam kejadian kecemasan tersebut.

“Musim panas ini, seperti kebanyakan musim panas dalam beberapa tahun kebelakangan ini dijangka menjadi musim yang sukar,” katanya kepada saluran televisyen Australian Broadcasting Corporation (ABC).

Pihak berkuasa memberi amaran, musim kebakaran hutan kali ini berisiko tinggi, dengan cuaca panas ekstrem dijangka melanda sebahagian besar negara susulan beberapa musim yang lebih tenang sebelum ini.

Kerajaan Persekutuan dan kerajaan negeri New South Wales mengaktifkan bantuan bencana untuk enam kawasan negeri yang terjejas akibat kebakaran semalam selepas dilanda gelombang panas melampau.

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

BERITA BERKAITAN

×