Belanjawan 2026 Melaka libatkan peruntukan Persekutuan

Belanjawan 2026 Melaka libatkan peruntukan Persekutuan

AZHAR ARSHAD
Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram

MELAKA: Belanjawan 2026 Melaka merupakan bajet inklusif di mana perancangan pelaksanaan program dan projek untuk tahun depan tidak hanya berdasarkan peruntukan disediakan kerajaan negeri.

Setiausaha Kerajaan Negeri, Datuk Azhar Arshad berkata, ia turut melibatkan peruntukan atau projek pembangunan yang telah diluluskan oleh Kerajaan Persekutuan.

“Ini bagi memastikan cadangan bajet yang komprehensif dapat disediakan serta mengelakkan daripada berlakunya pertindihan cadangan pelaksanaan program dan projek di negeri ini,” katanya dalam sidang akhbar di Seri Negeri, Ayer Keroh di sini, hari ini.

Azhar berkata, belanjawan itu akan dibentang dengan mengekalkan pendekatan berasaskan portfolio Ahli Majlis Mesyuarat Kerajaan Negeri (Exco) demi memastikan setiap inisiatif dapat dipantau dengan lebih berfokus serta dilaksanakan secara berkesan.

Beliau berkata, bajet akan dibentangkan oleh Ketua Menteri, Datuk Seri Ab. Rauf Yusoh pada Jumaat ini manakala Sidang Dewan Undangan Negeri (DUN) akan berlangsung sehingga 10 Disember. – UTUSAN

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

BERITA BERKAITAN

×