Russia sedia perang dengan Eropah jika ‘ganggu’ rundingan damai

Russia sedia perang dengan Eropah jika ‘ganggu’ rundingan damai

VLADIMIR Putin Bersama Yuri Ushakov mengadakan pertemuan dengan wakil AS ketika membincangkan pelan damai Ukraine di Moscow, Russia. – AFP
Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram

MOSCOW: Rundingan damai antara Russia dan Amerika Syarikat (AS) berakhir tanpa kemajuan selepas pertemuan selama lima jam di Kremlin, kata pembantu kanan Presiden Vladimir Putin, Yuri Ushakov.

Kenyataan itu dibuat beberapa jam selepas Putin mengeluarkan ancaman Russia ‘sedia berperang’ dengan Eropah sekiranya konflik tercetus.

Ushakov menyifatkan pertemuan dengan utusan Presiden AS, Steve Witkoff dan menantu Trump, Jared Kushner, sebagai ‘berguna dan konstruktif’, namun mengakui kedua-dua pihak masih belum mencapai kata sepakat mengenai isu utama termasuk garis kawalan wilayah dalam potensi perjanjian damai Ukraine.

Menurutnya, sebahagian cadangan Washington masih menerima kritikan keras daripada Moscow.

Sebelum rundingan bermula, Putin menuduh negara-negara Eropah menggagalkan usaha damai dan mengemukakan tuntutan yang tidak boleh diterima.

Beliau menegaskan Russia tidak berniat memulakan perang dengan Eropah tetapi memberi amaran Moscow sudah bersedia jika konflik dicetuskan. Kenyataan itu sebagai strategi untuk menekan Washington dan memecah belahkan hubungan AS-Eropah.

Presiden Ukraine, Volodymyr Zelensky berkata beliau menanti isyarat jelas daripada delegasi AS selepas pertemuan dengan Putin.

Beliau kini berusaha mendapatkan sokongan Eropah terhadap semakan cadangan damai AS, menegaskan versi terkini pelan itu lebih baik namun masih belum memenuhi permintaan Kyiv, termasuk jaminan keselamatan yang jelas serta penolakan terhadap penyerahan wilayah.

Walaupun beberapa semakan dibuat terhadap pelan damai 28 perkara yang asalnya lebih memihak kepada Moscow, jurang tuntutan kedua-dua negara kekal besar.

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

BERITA BERKAITAN

×