RM162.1 juta laksana penyelenggaraan, baik pulih jalan pertanian

RM162.1 juta laksana penyelenggaraan, baik pulih jalan pertanian

ANWAR (dua, kanan) bersama Presiden Perodua, Datuk Seri Zainal Abidin Ahmad (tengah) bergambar bersama Perodua QV-E selepas melakukan gimik Majlis Peluncuran Kenderaan Elektrik (EV) Pertama Perodua di Dewan Perdana MITI, Kuala Lumpur, hari ini. Turut sama, Menteri Pelaburan, Perdagangan dan Industri (MITI), Tengku Datuk Seri Zafrul Tengku Abdul Aziz (dua, kiri). - UTUSAN/FARIZ RUSADIO
Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram

KUALA LUMPUR: Sebanyak RM161.1 juta  peruntukan diluluskan pada tahun ini bagi melaksanakan kerja-kerja penyelenggaraan dan baik pulih jalan pertanian.

Menteri Pertanian dan Keterjaminan Makanan. Datuk Seri Mohamad Sabu berkata, peruntukan itu juga termasuk pelaksanaan penyelenggaraan sistem pengairan dan saliran pertanian di kawasan jelapang serta luar jelapang di seluruh negara.

Menurut beliau, peruntukan berjumlah RM104.7 juta sudah disalurkan kepada agensi-agensi di bawah kementerian bagi menguruskan kawasan dalam jelapang manakala bagi kawasan luar jelapang pula, peruntukan disalurkan sebanyak RM57.4 juta.

“Peruntukan tersebut adalah berdasarkan skop penyelenggaraan mengikut tanggungjawab agensi masing-masing, di mana kerja-kerja penyelenggaraan parit dan tali air akan dilaksanakan oleh agensi yang bertanggungjawab terhadap kawasan berkenaan,” katanya di Dewan Rakyat, hari ini.

Beliau menjawab soalan Mohamad Shafizan Kepli (GPS-Batang Lupar) yang memintanya menyatakan sama ada KPKM melalui Jabatan Pengairan dan Saliran (JPS) menyediakan peruntukan untuk melaksanakan kerja-kerja pembersihan tali-tali air dan parit secara berkala.

Mengulas lanjut, Mohamad berkata, pihak kementerian memahami keperluan untuk membaiki dan menyelenggara jalan-jalan pertanian serta infrastruktur-infrastruktur pengairan di kawasan jelapang dan luar jelapang secara berkala.

“Usaha akan terus dipergiat bagi memastikan peruntukan yang diperlukan dapat disediakan bagi memastikan semua kawasan dapat diselenggara mengikut keperluan sebenar demi meningkatkan kemudahan dan kesejahteraan para petani,” katanya.

Menjawab soalan tambahan, beliau berkata, Tabung Bencana Pertanian diperuntukkan sebanyak RM25 juta bagi tahun ini khusus untuk membantu mangsa bencana seperti banjir, kemarau atau memberi pampasan sehingga 50 peratus.

“Penubuhan tabung ini adalah dengan menyasarkan kepada golongan sasar yang terkesan akibat bencana meliputi semua aspek kerugian yang dialami mereka.

“Kami akan teruskan aktiviti misalnya mendapatkan maklumat mutakhir mengenai kerosakan yang berlaku dalam pertanian dan melalui kementerian, melalui Agro Bank, kami akan cuba membantu semaksimum peruntukan yang ada,” katanya. – UTUSAN

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

BERITA BERKAITAN

×