Polis Australia tahan empat suspek terlibat penderaan seksual kanak-kanak berunsur 'satanik' - Utusan Malaysia

Polis Australia tahan empat suspek terlibat penderaan seksual kanak-kanak berunsur ‘satanik’

Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram

SYDNEY: Polis Australia menahan empat lelaki di Sydney yang didakwa terlibat dalam rangkaian pemilikan serta pengedaran bahan penderaan seksual kanak-kanak berunsur pemuajaan ‘satanik’.

Penahanan itu dilakukan susulan siasatan terhadap rangkaian antarabangsa yang dipercayai berkongsi bahan terlarang tersebut.

Dalam kenyataan polis Negeri New South Wales, pihaknya memaklumkan siasatan membawa kepada penemuan satu rangkaian pedofil berpangkalan di Sydney yang aktif memiliki, mengedar dan memudahkan penyebaran bahan berkenaan melalui sebuah laman web yang dikendalikan dari luar negara.

Serbuan dilakukan Khamis lalu dan empat lelaki diberkas, termasuk seorang lelaki berusia 26 tahun yang dipercayai memainkan peranan utama dalam sindiket tersebut.

Suspek utama itu berdepan 14 pertuduhan, termasuk menggunakan perkhidmatan rangkaian untuk menyediakan dan mengakses bahan penderaan kanak-kanak.

Tiga lagi suspek berusia 39, 42 dan 46 tahun ditahan di sebuah blok pangsapuri di bandar itu. Mereka turut didakwa atas beberapa kesalahan berkaitan pemilikan dan pengedaran bahan penderaan seksual kanak-kanak.

Polis berkata siasatan lanjut akan diteruskan, termasuk meneliti kemungkinan wujud lebih ramai individu yang terlibat dalam rangkaian berkenaan. Kerjasama antarabangsa turut dijalankan memandangkan laman web yang digunakan sindiket itu diuruskan dari luar negara.

Keempat-empat suspek telah dibawa ke mahkamah dan permohonan jaminan mereka ditolak. Mereka dijangka kembali menghadiri prosiding mahkamah pada tarikh yang akan ditetapkan kemudian.

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

BERITA BERKAITAN

×