Lelaki diserang beruang di tandas awam Jepun

Lelaki diserang beruang di tandas awam Jepun

NOTIS amaran mengenai kehadiran beruang diletakkan di kawasan berisiko di sekitar Jepun. – AGENSI
Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram

TOKYO: Seorang lelaki berusia 69 tahun diserang beruang di sebuah tandas awam di wilayah Gunma, utara Tokyo, pada awal pagi Jumaat.

Mangsa, seorang pengawal keselamatan berkata, dia ternampak beruang setinggi satu hingga 1.5 meter mengintai dari luar tandas menyebabkan dia terkejut lalu terjatuh ke belakang.

Kemudian, beruang itu memasuki tandas dan warga emas berkenaan menendang beruang tersebut sehingga haiwan itu lari.

Mangsa mengalami kecederaan ringan di kaki kanan tetapi sempat berlari ke pondok polis berdekatan untuk melaporkan kejadian.

Menurut Kementerian Alam Sekitar Jepun, sejak awal April, serangan beruang meragut 13 nyawa, manakala jumlah serangan keseluruhan mencatat 197 kes iaitu rekod tertinggi dalam tempoh tersebut.

Kawasan paling terjejas ialah Akita, diikuti Iwate dan Fukushima di timur laut negara itu.

Para pakar berkata, beruang kelaparan kini kerap memasuki kawasan penempatan dan bandar mencari makanan akibat hasil kayu ek dan beech yang rendah di habitat semula jadi mereka.

Insiden ini dijangka menjadikan jumlah serangan pada 2025 melebihi rekod tahunan sebanyak 219 kes pada 2024.

Sebagai langkah keselamatan, kerajaan menghantar anggota tentera ke Akita untuk membantu pemburu tempatan menangkap dan mengawal populasi beruang.

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

BERITA BERKAITAN

×