Shell integrasi BUDI95 ke dalam aplikasi, tingkat kemudahan pengguna

Shell integrasi BUDI95 ke dalam aplikasi, tingkat kemudahan pengguna

SEOW Lee Ming (tengah) pada majlis pelancaran pengintegrasian BUDI95 ke dalam Shell App di stesen Shell Batu 3, Shah Alam semalam, yang turut menawarkan ganjaran sehingga RM2 juta.
Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram

PETALING JAYA: Shell Malaysia kini mengintegrasikan BUDI95 ke dalam aplikasi Shell, bagi memberi kemudahan, nilai dan ganjaran yang lebih besar buat rakyat Malaysia.

Pengurus Besar Shell Mobiliti and Kemudahan Malaysia, Seow Lee Ming berkata, aplikasi Shell yang dipertingkat dengan BUDI95 akan membantu rakyat Malaysia yang mencari cara untuk memaksimumkan setiap ringgit. 

“Di Shell, matlamat kami adalah untuk menjadikan perjalanan mengisi minyak mereka lebih mudah dan lebih berbaloi, bersama Shell FuelSave95 yang membantu pemandu pergi lebih jauh dengan setiap langkah. 

“Peningkatan terbaharu Aplikasi Shell hari ini menghimpunkan semua yang diperlukan oleh rakyat Malaysia di satu tempat daripada pembayaran selamat dan tawaran peribadi hinggalah akses pantas ke BUDI95,” katanya dalam kenyataan.  

Menurutnya, pengenalan BUDI95 dalam aplikasi Shell mengukuhkan komitmen Shell untuk mewujudkan perjalanan yang lebih mudah dan penuh ganjaran kepada rakyat Malaysia ketika mereka menyesuaikan diri dengan landskap subsidi negara yang semakin berkembang. 

“Melalui peningkatan ini, pelanggan kini boleh mengakses subsidi petrol mereka secara langsung melalui aplikasi Shell dengan melengkapkan pengesahan eKYC TNG eWallet sekali sahaja. 

“Setelah disahkan, mereka hanya perlu menekan butang BUDI95 dan membuat pembayaran bahan api dengan selamat dalam aplikasi untuk menikmati kadar subsidi secara serta-merta,” katanya.

Sementara itu, Lee Ming berkata, peningkatan ini juga memperkukuh pengalaman di stesen Shell dengan menggabungkan kemudahan digital bersama rangkaian perkhidmatan yang tersedia di lokasi. 

“Apabila digabungkan dengan perkhidmatan penjagaan kereta dan kemudahan lain untuk perjalanan, setiap kunjungan menjadi pengalaman lengkap yang menawarkan keselesaan, kualiti dan nilai kepada semua rakyat Malaysia,” katanya. – UTUSAN

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

BERITA BERKAITAN

×