Disney 'hidupkan' Olaf guna robot AI

Disney ‘hidupkan’ Olaf guna robot AI

DISNEY ‘menghidupkan’ watak ikonik, Olaf menerusi janaan AI. - AGENSI
Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram

CALIFORNIA: Disney meng­hi­dupkan satu daripada watak paling ikoniknya, Olaf yang berketinggian satu meter dan mampu berjalan serta bercakap.

Robot berteknologi tinggi itu bergerak menggunakan gabungan operasi kawalan jauh serta kecerdasan buatan (AI) yang diprogram untuk menyesuaikan diri dengan persekitaran.

Rakaman video menunjukkan Olaf bergerak dengan rasa ingin tahu di Disneyland Paris, persis gerak-geri yang ditampilkan dalam filem dan pengunjung dijangka dapat bertemu dengannya tidak lama lagi.

Ketua produk dan teknologi Disney, Kyle Laughlin, menyifatkan robot itu sebagai antara watak paling ekspresif dan menyerupai versi asal pernah dibangunkan.

Di Instagram, peminat Frozen meluahkan rasa seronok, menyifatkan ciptaan itu sebagai menakjubkan, sempurna dan realistik.

“Ia seakan melompat keluar dari skrin ke dunia sebenar,” kata seorang pengguna berkata.

Olaf dibangunkan oleh Disney Imagineering, bahagian penyelidikan dan pembangunan syarikat hiburan multibilion dolar itu yang berpusat di Glendale, California.

Bagi memastikan pergerakan Olaf kelihatan benar-benar asli, jurutera menggunakan sejenis AI yang dikenali sebagai reinforcement learning, iaitu kaedah pembelajaran melalui percubaan dan kesilapan berdasarkan interaksi robot dengan persekitarannya.

Teknologi itu membolehkan Olaf ‘berlatih’ ribuan pergerakan dalam simulasi komputer sebelum diterjemahkan kepada gerakan fizikal yang kelihatan semula jadi di dunia sebenar.

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

BERITA BERKAITAN

×