Mangsa banjir terus meningkat kepada 13,915 orang

Mangsa banjir terus meningkat kepada 13,915 orang

GAMBAR HIASAN
Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram

PETALING JAYA: Jumlah mangsa banjir di tujuh negeri terus mencatatkan peningkatan apabila 13,915 orang diarahkan berpindah ke Pusat Pemindahan Sementara (PPS), sejak semalam.

Berdasarkan maklumat terkini Agensi Pengurusan Bencana Negara (Nadma) setakat pukul 4 petang tadi, sebanyak 82 PPS telah diaktifkan untuk memberi perlindungan kepada 4,844 keluarga.

Negeri yang terlibat adalah Kelantan, Terengganu, Perak, Kedah, Perlis, Pulau Pinang dan Selangor.

Di Kelantan, mangsa dipindahkan terus mencatatkan pertambahan dan tertinggi iaitu membabitkan 9,503 orang ke 38 PPS. Empat daerah di negeri tersebut terjejas buat masa ini iaitu Tumpat, Kota Bharu, Bachok dan Pasir Puteh.

Di Perak juga terdapat peningkatan membabitkan mangsa dipindahkan iaitu seramai 1,538 orang daripada 485 keluarga dari daerah Perak Tengah, Manjung, Larut, Matang, Selama dan Batang Padang.

Di Perlis, secara keseluruhannya terdapat tujuh PPS diaktifkan bagi menempatkan seramai 1,426 mangsa membabitkan dua daerah iaitu Padang Besar dan Kangar.

Di Kedah, daerah Kulim dan Kubang Pasu dilaporkan terjejas akibat banjir dengan 542 mangsa dipindahkan di enam PPS.

Di Pulau Pinang, dua daerah dilaporkan terjejas iaitu Seberang Perai Utara dan Seberang Perai Tengah membabitkan 414 mangsa.

Di Terengganu, seramai 209 mangsa dipindahkan di daerah Besut setakat ini membabitkan satu PPS.

Sementara di Selangor, seramai 283 mangsa dipindahkan ke lima PPS yang dibuka di Sabak Bernam, Kuala Selangor, Hulu Langat dan Shah Alam selepas kediaman mereka dinaiki air akibat banjir. – UTUSAN

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

BERITA BERKAITAN

×