Kecurian kabel jejas 562 jam operasi tren ETS, 741 jam operasi komuter

Kecurian kabel jejas 562 jam operasi tren ETS, 741 jam operasi komuter

Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram

PETALING JAYA: Insiden kecurian kabel di sepanjang rangkaian Keretapi Tanah Melayu Berhad (KTMB) mengakibatkan kelewatan operasi tren elektrik (ETS) selama 562 jam tahun ini, manakala 741 jam pula direkodkan bagi perkhidmatan KTM Komuter.

Menteri Pengangkutan, Anthony Loke Siew Fook berkata, kecurian kabel memberi kesan langsung kepada sistem persemboyanan KTMB yang mengawal pergerakan tren sekali gus menyebabkan gangguan operasi dan kerugian masa kepada penumpang.

Bagaimanapun katanya, insiden berkenaan tidak menjejaskan jadual perkhidmatan tren antara bandar.

Memuatkan artikel berkaitan…

“Sepanjang Januari hingga Ogos tahun ini, sebanyak 104 kes kecurian kabel direkodkan melibatkan negeri Kedah, Pulau Pinang, Perak, Selangor, Negeri Sembilan, Pahang dan Kuala Lumpur. Tiada kes dicatatkan di Perlis, Melaka, Johor dan Kelantan.

“Pada tahun lalu, sebanyak 150 kes dilaporkan,” katanya dalam jawapan bertulis yang disiarkan di laman rasmi Parlimen.

Beliau menjawab soalan Chong Zhemin (PH-Kampar), beliau berkata KTMB turut melaksanakan pemasangan 193 penutup manhole kabel yang disimen di sektor utara serta pembaikan pagar yang bocor bagi mengekang pencerobohan.

Siew Fook berkata, KTMB telah mengambil langkah segera menangani isu tersebut dengan menjalinkan kerjasama rapat bersama Kementerian Pengangkutan dan agensi penguatkuasaan seperti Polis Diraja Malaysia (PDRM), Agensi Anti Dadah Kebangsaan (AADK) dan Agensi Pengangkutan Awam Darat (APAD).

“Antara tindakan diambil termasuk operasi khas serta rondaan 24 jam oleh Polis Bantuan KTMB di kawasan hotspot, khususnya di Lembah Klang. Rondaan bersama PDRM juga diperkukuhkan.

“KTMB turut menjalankan risikan dan intipan di lokasi berisiko tinggi, selain bekerjasama dengan PDRM bagi membanteras sindiket pasaran gelap logam,” katanya.

Selain itu, cadangan pemasangan kamera litar tertutup (CCTV) dan penggunaan dron di lokasi panas turut diperhalusi bagi meningkatkan pemantauan.

“APAD dan PDRM juga sedang melaksanakan tindakan penguatkuasaan terhadap pesalah yang mencuri kabel mengikut undang-undang sedia ada.

“Kerjasama serta penyaluran maklumat turut diperkukuh dengan PDRM dan AADK. Pada masa sama, KTMB berbincang dengan Jawatankuasa Kemajuan dan Keselamatan Kampung (JKKK) Komuniti Setempat untuk membanteras sarang penagih dadah berhampiran landasan kerana golongan ini disyaki terlibat dalam kecurian kabel serta peralatan KTMB,” katanya. – UTUSAN

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

BERITA BERKAITAN

Terkini