Pusat persidangan COP30 PBB terbakar, mungkin berpunca dari ketuhar gelombang mikro - Utusan Malaysia

Pusat persidangan COP30 PBB terbakar, mungkin berpunca dari ketuhar gelombang mikro

Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram

BELÉM, Brazil: Rundingan COP30 PBB mengenai perubahan iklim terganggu pada Khamis selepas berlaku kebakaran di pusat persidangan, memaksa semua peserta dipindahkan ketika mereka bersiap untuk membincangkan perjanjian penting bagi memperkukuh usaha antarabangsa menangani krisis iklim.

Menurut pihak penganjur, 13 individu dirawat akibat terhidu asap selepas kebakaran berlaku di kawasan pavilion pusat persidangan.

Punca kebakaran dipercayai berpunca daripada peralatan elektrik, kemungkinan sebuah ketuhar gelombang mikro, menurut laporan pihak bomba tempatan.

Memuatkan artikel berkaitan…

“Bomba dan pegawai keselamatan PBB bertindak pantas, dan api berjaya dikawal dalam kira-kira enam minit. Semua orang dievakuasi dengan selamat,” menurut kenyataan rasmi penganjur. Mangsa menerima rawatan dan pemantauan kesihatan lanjut.

Setiausaha Agung PBB, António Guterres, sebelum itu menyeru peserta untuk mencapai perjanjian termasuk mengenai pengurangan penggunaan bahan api fosil, yang menjadi isu utama dalam perbincangan COP30.

Keseluruhan lokasi persidangan terpaksa dikosongkan sekitar 2 petang waktu tempatan, menyebabkan beberapa jam kelewatan sebelum delegasi dibenarkan kembali. Insiden ini mengganggu jadual rundingan yang telah dirancang dengan teliti.

Kebakaran turut menjejaskan proses penyediaan draf baharu keputusan “mutirão”, rancangan utama yang dijangka menjadi hasil COP30, termasuk cadangan untuk menyediakan pelan peralihan daripada bahan api fosil.

Presidensi COP30 sedang mengadakan mesyuarat penting bersama kumpulan rundingan utama bagi memastikan proses mencapai konsensus dapat diteruskan walaupun selepas gangguan kebakaran.

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

BERITA BERKAITAN