Fenomena pelik sungai cetek semasa tengkujuh

Fenomena pelik sungai cetek semasa tengkujuh

PENDUDUK berjalan di atas beting pasir yang timbul semasa air Sungai Perak surut di kawasan yang dikenali ‘padang koba’ di Teluk Bakong, Lambor Kanan dekat Parit, Perak semalam. – UTUSAN/AIN SAFRE BIDIN
Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram

PARIT: Penduduk di tepi Su­ngai Perak di sini terkejut de­ngan keadaan sungai yang cetek ketika musim tengkujuh.

Fenomena itu dikatakan berlaku sejak beberapa hari lalu dan ia dapat dilihat dengan ketara di kawasan rekreasi tumpuan orang ramai yang dikenali ‘padang koba’ di Teluk Bakong, Lambor Kanan dekat sini.

Tinjauan mendapati air su­ngai cetek sehingga menampakkan beting pasir yang luas hingga ke tengah sungai, kea­daan yang biasanya berlaku semasa musim panas.

‘Padang koba’ merupakan padang ragut yang mempunyai pemandangan yang menarik dan pernah menjadi lokasi penggambaran filem termasuk filem Mat Kilau.

Seorang penduduk Azizan Ahmad Bohan, 73, berkata, keadaan itu tidak pernah berlaku kerana biasanya pada hujung tahun sepatutnya air sungai naik disebabkan musim hujan.

“Kami hairan kerana air sungai makin cetek sehingga nampak beting pasir di kawasan ini. Malah kalau berjalan kaki meredah sungai boleh sampai ke kampung seberang iaitu Kampung Teluk Kepa­yang.

“Keadaan ini agak pelik ke­rana biasanya air Sungai Perak naik pada musim tengkujuh di hujung tahun tapi ketika ini air sungai surut,” katanya kepada Utusan Malaysia.

Seorang nelayan sungai, Mohd. Fairus Abdullah, 31, berkata, air sungai yang cetek sehingga menampakkan be­ting pasir menyukarkan pergerakan bot.

Namun menurutnya, setakat ini keadaan itu tidak menghalang nelayan daripada terus menangkap ikan.-UTUSAN.

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

BERITA BERKAITAN

×