Penyasaran subsidi beri lebih banyak bantuan untuk rakyat

Penyasaran subsidi beri lebih banyak bantuan untuk rakyat

LIM Hui Ying - JABATAN PENERANGAN MALAYSIA
Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram

KUALA LUMPUR: Penjimatan dana yang diperoleh melalui penyasaran subsidi membolehkan kerajaan memperuntukkan lebih banyak dana bagi inisiatif bantuan rakyat.

Timbalan Menteri Kewangan, Lim Hui Ying berkata, langkah penyasaran subsidi dijalankan bagi memastikan bantuan sampai kepada golongan yang layak tanpa membebankan golongan isi rumah 40 peratus terendah (B40) dan 40 peratus pertengahan (M40).

Katanya, melalui penjimatan itu, dana selebihnya akan disalurkan kepada program bantuan yang memberi manfaat secara langsung kepada rakyat.

“Penjimatan dana negara melalui penyasaran subsidi membolehkan kerajaan memperuntukkan lebih banyak dana bagi agenda kebajikan, bantuan menangani kos sara hidup, serta pelaburan bagi menyediakan prasarana rakyat yang berkualiti.

“Penjimatan penyasaran subsidi akan disalurkan kepada program yang memberi manfaat langsung kepada rakyat. Ini termasuk Sumbangan Tunai Rahmah (STR) dan Sumbangan Asas Rahmah (SARA).

“Selain itu, peningkatan peruntukan sebanyak RM2.9 bilion bagi bantuan di bawah Jabatan Kebajikan Masyarakat (JKM) dan program menangani kos sara hidup yang menyediakan RM1 bilion,” katanya.

Beliau berkata demikian ketika menjawab soalan Dr. Halimah Ali (PN-Kapar) mengenai rasionalisasi subsidi petrol, elektrik dan barangan asas serta unjuran kesan harga sebelum dan selepas pelaksanaannya. – UTUSAN 

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

BERITA BERKAITAN

×