Korban bot karam etnik Rohingya dikebumi di Pokok Sena 

Korban bot karam etnik Rohingya dikebumi di Pokok Sena 

KESEMUA jenazah etnik Rohingya yang terkorban dalam tragedi bot karam akan dikebumikan di Tanah Perkuburan Islam Lama Kampung Tualang, Pokok Sena. - UTUSAN/ SHAHIR NOORDIN
Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram

ALOR SETAR: Jenazah 29 etnik Rohingya yang meninggal dunia dalam insiden bot karam di perairan Malaysia-Thailand berhampiran Langkawi, akan dikebumikan di Tanah Perkuburan Islam Lama Kampung Tualang, Pokok Sena. 

Setiausaha Majlis Agama Islam Kedah (MAIK), Datuk Dr. Abd. Ghani Zainuddin berkata, pihaknya akan menguruskan pengebumian kesemua mangsa sekiranya tiada pihak atau waris yang menuntut jenazah mereka. 

“Setakat ini belum ada tarikh namun insya-Allah pengebumian akan dilakukan di lokasi itu (Kampung Tualang) setelah selesai semua urusan daripada pihak berwajib. Perkara ini diputuskan dalam satu mesyuarat bersama semua pihak terlibat semalam. 

Memuatkan artikel berkaitan…

“Kami akan mengadakan satu lagi mesyuarat penyelarasan bersama semua pihak terlibat sebelum pengebumian mangsa dalam masa terdekat,” katanya ketika dihubungi di sini hari ini. 

Tambah beliau, prosedur pengebumian akan dijalankan seperti biasa seperti mandi, kafan dan solat jenazah sebelum dikebumikan pada hari ditetapkan. 

Tragedi bot karam membawa 70 etnik Rohingya yang dipercayai dalam perjalanan meloloskan diri ke negara ini dekat perairan Langkawi itu mengorbankan 29 mangsa sementara 14 lagi terselamat. 

Tanah Perkuburan Islam Lama Kampung Tualang itu sehingga kini menempatkan 106 jenazah etnik Rohingya yang juga menjadi mangsa sindiket pemerdagangan manusia yang ditemukan di kem transit berdekatan Wang Kelian, Perlis pada 2015. – UTUSAN 

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

BERITA BERKAITAN

Terkini