Wakaf digital jadi medium dakwah Islam masa kini

Wakaf digital jadi medium dakwah Islam masa kini

MOHD. NA’IM MOKHTAR
Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram

KUALA LUMPUR: Dakwah kini tidak lagi terbatas kepada masjid dan madrasah apabila gelombang radio serta ruang digital turut diwakafkan sebagai medium penyampaian Islam bagi keperluan masa kini dan akan datang.

Menteri di Jabatan Perdana Menteri (Hal Ehwal Agama), Datuk Dr. Mohd. Na’im Mokhtar berkata, pendekatan itu penting bagi memastikan kefahaman Islam terus berkembang ke seluruh dunia.

“Sejarah peradaban Islam membuktikan bahawa wakaf menjadi nadi pembangunan sosioekonomi ummah serta menyediakan akses kepada kemudahan asas manusia.

Memuatkan artikel berkaitan…

“Wakaf bukan hanya amalan kebajikan, tetapi turut menggerakkan tamadun Islam,” katanya menerusi teks ucapan pada Majlis Peluncuran Tabung Dana Wakaf IKIM dan Forum ‘Transformasi Wakaf: Syariah, Strategi & Solusi Era Digital’ di Hotel Seri Pacific, di sini hari ini.

Teks tersebut dibacakan Timbalan Pengerusi Institut Kefahaman Islam Malaysia (IKIM), Prof. Emeritus Datuk Dr. Mohd. Yusof Othman yang mewakili beliau merasmikan majlis berkenaan.

Tambah Na’im, kerajaan melalui agensi-agensi wakaf negara dengan kerjasama majlis agama Islam negeri komited memperkukuh instrumen wakaf.

“Ia merangkumi wakaf tunai, pengukuhan inovasi wakaf korporat dan usaha memastikan wakaf menjadi asas kemakmuran rakyat serta pembangunan negara,” katanya. – UTUSAN

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

BERITA BERKAITAN

×