Pesawat bomba Turkiye terhempas di Croatia, juruterbang maut - Utusan Malaysia

Pesawat bomba Turkiye terhempas di Croatia, juruterbang maut

Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram

ISTANBUL: Sebuah pesawat bomba milik Turkiye terhempas di Croatia pada Khamis dan mengorbankan juruterbangnya, kata Menteri Perhutanan Turkiye, Ibrahim Yumakli.

Insiden itu berlaku hanya dua hari selepas insiden pesawat tentera Turkiye terhempas, meragut 20 nyawa.

Menurut Yumakli, kejadian berlaku ketika dua pesawat bomba Turkiye dalam perjalanan pulang tetapi hilang hubungan dengan kawalan trafik udara.

Memuatkan artikel berkaitan…

Sebuah daripada pesawat mendarat di sebuah lapangan terbang di Croatia, manakala sebuah lagi terhempas.

“Bangkai pesawat bomba kami ditemukan berhampiran bandar Senj di Croatia,” katanya di platform X, merujuk kepada sebuah bandar di pesisir barat Croatia.

Beliau turut mengucapkan takziah kepada keluarga juruterbang yang terkorban.

Kementerian itu sebelum ini memaklumkan dua pesawat pemadam kebakaran jenis AT802 telah berlepas dari Turkiye pada pagi Rabu menuju Zagreb bagi kerja penyelenggaraan namun, cuaca buruk memaksa kedua-duanya bermalam di Lapangan Terbang Rijeka di barat Croatia.

Pesawat tersebut berlepas semula ke Lapangan Terbang Zagreb pada jam 5.38 petang waktu tempatan, tetapi terpaksa berpatah balik.

“Sewaktu berpatah balik, sebuah pesawat berjaya mendarat di Lapangan Terbang Rijeka, namun hubungan radio dengan pesawat kedua terputus pada 6.25 petang,” menurut kenyataan itu, sambil menambah operasi mencari dan menyelamat terus dijalankan.

Kejadian terbaharu ini berlaku hanya beberapa jam selepas Turkiye membawa pulang jenazah 20 anggota tentera yang terbunuh pada Selasa apabila pesawat kargo tentera Turkiye terhempas di Georgia ketika dalam penerbangan pulang dari Azerbaijan.

Pihak penyiasat Turkiye kini sedang meneliti punca nahas tersebut, dengan semua penerbangan pesawat kargo C-130 digantung sebagai langkah berjaga-jaga. -AGENSI

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

BERITA BERKAITAN

Terkini