Bask Bear taja 100,000 cawan kopi kepada pelancong sempena TMM2026

Bask Bear taja 100,000 cawan kopi kepada pelancong sempena TMM2026

TIONG King Sing (tengah) dan Bryan Loo (dua dari kanan) merasmikan kerjasama antara Tourism Malaysia dan Bask Bear di Pavilion Bukit Jalil di sini, semalam.
Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram

KUALA LUMPUR: Jenama tempatan, Bask Bear Coffee & Toasties menyokong Kempen Tahun Melawat Malaysia 2026 (TMM2026) menerusi penajaan berskala besar bernilai RM1.2 juta, yang dijangka memberi manfaat kepada lebih 100,000 pelancong luar negara serta rakyat Malaysia.

Tajaan minuman percuma untuk pelancong luar negara itu diberikan melalui tawaran “Beli 1 Percuma 1” bagi siri minuman Aren yang menggunakan Gula Aren beraroma karamel dari Borneo, sebagai alternatif yang lebih baik berbanding gula perang atau madu.

Sementara itu, rakyat Malaysia pula boleh menikmati minuman Americano percuma setiap
hari dengan hanya RM29 sebulan melalui pelan Bask Bear Club, iaitu bersamaan kira-kira 97
sen secawan, tawaran terbaik di pasaran pada masa ini.

Pengasas dan Ketua Pegawai Eksekutif Loob Holding Sdn. Bhd, Bryan Loo, Bask Bear Coffee & Toasties merupakan jenama gaya hidup tempatan pertama yang tampil menaja secara besar-besaran bagi menyokong kempen VM2026 yang memberi manfaat langsung kepada pelancong dan rakyat Malaysia.

“Kami mahu membantu Tourism Malaysia menarik pelancong antarabangsa menikmati destinasi menarik negara. Cara terbaik ialah memperkenalkan siri Gula Aren istimewa kami yang menggunakan bahan dari Borneo.

“Pelancong dapat menikmati satu minuman percuma dengan setiap pembelian minuman Aren Aerocano, Aren Latte atau Aren Cocoa.

“Pada masa sama, kami mahu menghargai rakyat Malaysia yang telah menyokong kami.
Dengan Bask Bear Club, orang ramai boleh menikmati minuman Americano percuma setiap hari pada harga RM29 sebulan,” katanya pada majlis pengumuman kerjasama antara Bask Bear Coffee & Toasties dan Tourism Malaysia di sini semalam.

Sementara itu, Menteri Pelancongan, Seni dan Budaya, Datuk Seri Tiong King Sing berkata, pihaknya mengalu-alukan penglibatan Bask Bear Coffee & Toasties dan menyeru lebih banyak syarikat tempatan tampil menyokong kempen TMM2026.

“Sumbangan sektor swasta amat penting bagi membantu negara mencapai sasaran 47 juta pelancong antarabangsa dan RM329 bilion perbelanjaan pelancongan menjelang 2026.

“Kerjasama seperti ini menunjukkan semangat kebersamaan antara kerajaan dan industri tempatan dalam mempromosikan Malaysia sebagai destinasi pilihan dunia,” katanya.

Beliau turut menegaskan bahawa penyertaan jenama tempatan seperti Bask Bear Coffee & Toasties membuktikan bahawa produk buatan Malaysia bukan sahaja mampu menarik minat pelancong, tetapi juga memperkukuh identiti dan ekonomi domestik.

Untuk menebus tawaran “Beli 1 Percuma 1” ini, pelancong hanya perlu menunjukkan
tangkapan layar banner Bask Bear di laman rasmi VM2026 (https://www.malaysia.travel/)
beserta pasport mereka di mana-mana cawangan Bask Bear Coffee & Toasties. – UTUSAN

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

BERITA BERKAITAN

×