Reman Namewee disambung tiga hari lagi

Reman Namewee disambung tiga hari lagi

FADIL MARSUS
Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram

PETALING JAYA: Polis mengesahkan reman terhadap pengarah dan penyanyi kontroversi, Wee Meng Chee atau  dikenali sebagai Namewee, 42, disambung tiga hari bagi membantu siasatan kes kematian seorang pempengaruh wanita warga Taiwan di sebuah hotel di sini, bulan lalu.

Ketua Polis Kuala Lumpur, Datuk Fadil Marsus berkata, perintah reman hingga 13 November itu dikeluarkan majistret selepas tempoh reman tamat hari ini.

Sebelum ini, Namewee direman enam hari sehingga hari ini bagi membantu siasatan berhubung kejadian.

Media melaporkan, Namewee tampil ke IPD Dang Wangi bagi membantu siasatan kes kematian seorang pempengaruh wanita warga Taiwan di sini bulan lalu.

Dia hadir ke IPD Dang Wangi untuk membuat laporan polis dan memberi keterangan.

Pada minggu lalu, polis mengesahkan siasatan menyeluruh berhubung kematian pempengaruh wanita warga Taiwan, berusia 31 tahun dijalankan dari pelbagai sudut termasuk kemungkinan menahan Namewee.

 Ia berikutan penyanyi itu individu terakhir yang berada bersama mangsa ketika kejadian.

Pempengaruh itu ditemukan maut  dalam bilik air sebuah hotel di Jalan Conlay, di sini, pada 22 Oktober lalu.-UTUSAN

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

BERITA BERKAITAN