PARLIMEN: Bantuan sekolah agama disalur ikut keperluan

PARLIMEN: Bantuan sekolah agama disalur ikut keperluan

ZULKIFLI HASAN
Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram

KUALA LUMPUR: Setiap permohonan bantuan daripada institusi pendidikan Islam (IPI) kini perlu melalui proses penilaian jawatankuasa teknikal dan jawatankuasa induk bagi memastikan agihan peruntukan dibuat secara telus dan menepati keperluan sebenar.

Timbalan Menteri di Jabatan Perdana Menteri (Hal Ehwal Agama), Dr. Zulkifli Hasan berkata, setiap IPI di seluruh negara boleh membuat permohonan bantuan berdasarkan keperluan institusi masing-masing.

Katanya, taburan bantuan adalah bersesuaian dengan pecahan agihan mengikut kawasan bandar dan luar bandar serta jenis institusi.

“Ini bermakna one size does not fit for all, bukannya dengan izin, bukan menjadi asas, tetapi ia berdasarkan kepada keperluan dan juga apa yang diperlukan oleh institusi berkenaan.

“Sebagai contoh, taburan mengikut kawasan bandar dan luar bandar ialah 76 IPI, 274 institusi tahfiz swasta, 820 sekolah agama dan 430 kelas fardhu ain.

“Ini bermakna, taburannya juga mengikut keperluan seperti mana permohonan kerana kita sudah ada peringkat jawatankuasa yang akan memastikan bahawa permohonan ini dapat memberi manfaat dan juga bersesuaian dengan keperluan,” katanya ketika sesi soal jawab lisan di Dewan Rakyat hari ini.

Beliau menjawab soalan tambahan Datuk Ahmad Saad @ Yahaya (PN-Pokok Sena) mengenai
mekanisme yang diguna pakai bagi memastikan agihan sumbangan kepada Sekolah Agama Rakyat (SAR) setara dan adil antara sekolah agama di bandar dan juga di luar bandar.-UTUSAN

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

BERITA BERKAITAN