AS cadang pasukan penstabil diletakkan di Gaza selama dua tahun

AS cadang pasukan penstabil diletakkan di Gaza selama dua tahun

KANAK-KANAK Gaza mengumpul ranting kayu untuk dijadikan bahan bakar di Bureij. – AFP
Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram

NEW YORK: Amerika Syarikat (AS) merangka satu draf resolusi Pertubuhan Bangsa-Bangsa Bersatu (PBB) yang mencadangkan penubuhan badan pentadbiran peralihan Gaza dan Pasukan Penstabilan Antarabangsa (ISF) bagi tempoh dua tahun untuk mentadbir dan memulihkan kestabilan di wilayah Palestin itu.

Draf tersebut yang masih dalam proses perbincangan sudah dikongsi dengan beberapa negara minggu ini, namun belum diedarkan secara rasmi kepada 15 anggota Majlis Keselamatan PBB untuk rundingan.

Setakat ini, belum jelas bila Washington akan memulakan proses rasmi tersebut.

Jurucakap Jabatan Negara AS memaklumkan perbincangan dengan anggota Majlis Keselamatan dan rakan antarabangsa lain mengenai pelaksanaan Pelan Gaza yang diterajui Presiden Donald Trump.

Teks dua halaman itu mencadangkan penubuhan Lembaga Keamanan (Board of Peace) sebagai pentadbiran peralihan yang diberi kuasa untuk menubuhkan ISF sementara di Gaza.

Pasukan itu dibenarkan menggunakan ‘segala langkah perlu’ termasuk kekuatan ketenteraan bagi melaksanakan mandatnya.

ISF akan ditugaskan melindungi orang awam dan operasi bantuan kemanusiaan, serta bekerjasama dengan Israel, Mesir dan pasukan polis Palestin baharu yang akan dilatih dan diselia oleh ISF bagi mengawal kawasan sempadan.

Pasukan itu turut diberi tanggungjawab menstabilkan keselamatan di Gaza melalui penyahmiliteran kumpulan bersenjata bukan negara dan pelucutan senjata secara kekal.

Pelan Trump juga menetapkan penamatan pentadbiran Hamas di Gaza serta pelucutan senjata penuh wilayah itu.

Namun, setakat ini Hamas tidak memberikan sebarang jaminan untuk bersetuju dengan langkah penyahmiliteran yang sebelum ini pernah ditolak oleh kumpulan tersebut.

Menurut draf resolusi itu, ISF akan ditempatkan di bawah komando bersatu yang dipersetujui oleh Lembaga Keamanan, dengan kerjasama rapat Mesir dan Israel selepas perjanjian misi serta status pasukan dimuktamadkan.

Walaupun pentadbiran Trump menegaskan AS tidak akan menghantar tenteranya ke Gaza, Washington dilaporkan berbincang dengan Indonesia, Emiriah Arab Bersatu (UAE), Mesir, Qatar, Turkiye dan Azerbaijan bagi menyertai pasukan multinasional tersebut.

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

BERITA BERKAITAN

×